Pengguna jalan raya cemas lelaki baling papan tanda [VIDEO]



Pengguna jalan raya cemas lelaki baling papan tanda. Kalau kena papan tanda dia ‘baling’ boleh kemalangan dan mendatangkan kecederaan kepada penunggang motosikal.

Itu antara komen orang ramai di laman Facebook selepas melihat klip video yang memaparkan aksi seorang lelaki kurang siuman yang bertindak membawa serta membaling sebuah papan tanda ke arah pengguna jalan raya.

Menerusi klip video berdurasi 14 saat yang dikongsi di laman Facebook Sukan Star TV, kelihatan lelaki yang memakai baju oren dan berkain pelikat berada di tengah-tengah jalan raya sambil memegang sebuah papan tanda.

Tanpa menghiraukan keselamatan diri dan pengguna lain, lelaki berkenaan meneruskan ‘aksinya samseng’ dengan membaling papan tanda ke arah seorang penunggang motosikal.

Bagaimanapun, penunggang berkenaan sempat mengelak dan dia terselamat daripada mengalami sebarang kecederaan.




Tidak dapat dipastikan lokasi sebenar dan tarikh kejadian itu dirakam.

Susulan perkongsian klip video tersebut, rata-rata pengguna laman sosial menyelar tindakan lelaki tersebut yang bukan sahaja membahayakan diri sendiri, malah turut membahayakan pengguna jalan raya yang lain.

“Nasib baik penunggang motor tu ada seni mengelak, kalau tak, bocor kepala,” tulis Anok Tok Wan pada ruangan komen.

Turut meninggalkan komen adalah seorang lagi pengguna dikenali sebagai Wan Faizal.

“Minta pihak yang berwajib ambil tindakan dengan segera ,jangan sampai ada yang jadi mangsa baru nak ambil tindakan. Nak salah kan orang tu pun tak boleh kerana dia kurang siuman,” ujarnya.




Pengguna jalan raya cemas lelaki baling papan tanda


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214




Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


TMJ cari penyanyi lagu saduran Azman Naim



Leave a Reply

Your email address will not be published.