Lolanopita Ibu Remaja OKU Arwah Muhammad Firdaus Meninggal Dunia

Lolanopita Ibu Remaja OKU Arwah Muhammad Firdaus Meninggal Dunia

KUALA PILAH: Ibu kepada remaja orang kurang upaya (OKU) Allahyarham Muhammad Firdaus Dullah, Lolanopita Sadi, 47, meninggal dunia di Hospital Tuanku Ampuan Najihah(HTAN) di sini jam 2.30 petang pada Jumaat.

Rakan Allahyarham, Soriati Parmin, 42, berkata, Allahyarham meninggal dunia ketika sedang mendapat rawatan di hospital berkenaan akibat penyakit buah pinggang, kencing manis dan darah tinggi.

“Arwah kawan baik saya dan dia sebenarnya dah lama sakit. Isnin lepas dia sepatutnya buat dialisis di Hospital Jempol tetapi disebabkan darahnya kurang, dia terpaksa dimasukkan ke HTAN.

“Sepatutnya hari ini dia dibenarkan keluar dari hospital, tapi suami arwah telefon saya beritahu yang dia sudah meninggal dunia,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Jumaat.

Menurutnya, Allahyarham selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Orang Islam Mahsan, Jempol kira-kira jam 8 malam pada Jumaat.

Pada 18 November 2014, Lolanopita dijatuhi hukuman penjara empat bulan dan denda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen Seremban selepas mengaku bersalah terhadap dua pertuduhan mengabaikan dan membiarkan anak OKUnya tinggal tanpa pengawasan antara Januari hingga Jun.

Muhammad Firdaus, 16 ditemui dalam keadaan menyedihkan pada 21 Jun ketika operasi Jabatan Imigresen Negeri Sembilan yang memburu pendatang tanpa izin di kawasan rumah pangsa Taman Semarak, Nilai.

Muhammad Firdaus yang ditempatkan di Taman Sinar Harapan Tengku Ampuan Najihah Seremban disahkan meninggal dunia di Hospital Tuanku Jaafar di Seremban pada tahun 2015 dipercayai akibat diserang sawan ketika makan tengah hari.-SH

Lolanopita Ibu Remaja OKU Arwah Muhammad Firdaus Meninggal Dunia


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


TMJ cari penyanyi lagu saduran Azman Naim

PU Syed mohon polis ziarah Suhaimi Saad

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker