Warga emas mangsa kepala air terlepas bantuan

Warga emas mangsa kepala air terlepas bantuan. Seorang warga emas yang terkesan selepas rumahnya terlibat dengan banjir lumpur mendakwa terpinggir daripada bantuan selepas tragedi kepala air Gunung Jerai, 18 Ogos lalu.

Warga emas itu, Lin Bakar, 78, yang menetap seorang diri di Kampung Permatang Chengai, Jalan Ruat di sini terkilan apabila tercicir daripada senarai bantuan bencana tersebut.

Dia juga mengalami kerugian besar selepas hampir semua barangan dalam rumahnya rosak.

“Barangan seperti almari pa­kaian, tilam, bantal, tikar getah dan pakaian mengalami rosak selepas terendam air dan lumpur.

“Selepas empat hari kejadian, ada seorang ustaz datang membersihkan rumah bersama pelajarnya selain memberi tikar getah, tilam bujang dan almari plastik,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini semalam.

Menurut Lin, dia juga me­nerima sumbangan dapur dan tong gas serta bantuan bekalan makanan daripada penduduk tempatan.

Lin yang kematian suami lebih 20 tahun lalu berkata, dia mempunyai empat anak tetapi semuanya telah berkeluarga dan menetap di luar daerah ini.

“Saya hanya bergantung hidup kepada bantuan bulanan Jabatan kebajikan Masyarakat (JKM) semata-mata.

“Saya tidak mampu membeli semua pekakas dan peralatan yang rosak kerana duit bantuan JKM itu hanya cukup digunakan untuk belanja harian sahaja,” jelasnya.

Menurut Lin, sejak kejadian kepala air, dia melihat pelbagai bantuan dibawa masuk ke kawasan kejadian oleh pelbagai pihak namun dia tidak menerima bantuan tersebut.

“Rumah saya tepi jalan sahaja dan saya nampak kende­raan yang bersusun-susun masuk membawa pelbagai bantuan, namun mereka tidak singgah di rumah saya.

“Walaupun kerosakan dialami tidak seteruk mangsa lain, namun saya berharap akan mendapat perhatian selepas ini dan tidak lagi dipinggirkan,” katanya.

Warga emas mangsa kepala air terlepas bantuan


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Pengguna jalan raya cemas lelaki baling papan tanda [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker