Kompleks Rawatan Harian HTAR dibuka semula Isnin ini

Kompleks Rawatan Harian HTAR dibuka semula Isnin ini

Kompleks Rawatan Harian (ACC) di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang dekat sini yang sebelum ini telah dijadikan wad sementara bagi menempatkan pesakit COVID-19 akan dibuka semula Isnin ini.

HTAR memaklumkan pasukan Bomba dan Penyelamat Seri Andalas dan Pelabuhan Klang bersama-sama dengan Pasukan Khas Bahan Kimia Berbahaya (Hazmat) Shah Alam telah datang ke hospital berkenaan bagi melaksanakan proses sanitasi dan dekontaminasi ACC yang dijalankan selama dua hari bermula semalam.

“Ia merupakan proses sanitasi dan dekontaminasi terakhir sebelum ACC dibuka semula pada Isnin depan,” menurut hospital itu menerusi hantarannya dalam Facebook.

HTAR memaklumkan bagi pengoperasian semula klinik-klinik di ACC pula, ia dijangka akan bermula pada September ini.

Bernama sebelum ini melaporkan jumlah kemasukan harian pesakit COVID-19 untuk menerima rawatan di HTAR telah berkurangan lebih 50 peratus sejak awal bulan ini.

Sumber Facebook HospitalTengkuAmpuanRahimah

— BERNAMA

Kompleks Rawatan Harian HTAR dibuka semula Isnin ini


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


TMJ cari penyanyi lagu saduran Azman Naim

PU Syed mohon polis ziarah Suhaimi Saad

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker