PAS yakin dengan kepimpinan Ismail Sabri dan jemaah menteri baru



PAS yakin dengan kepimpinan Ismail Sabri dan jemaah menteri baru. PAS menyuarakan kepercayaan penuh kepada barisan kabinet baru yang diumumkan Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob semalam bagi meneruskan usaha menangani wabak Covid-19 dan memulihkan ekonomi negara.

Presidennya, Abdul Hadi Awang berkata, parti itu menyambut baik dan mendukung kepimpinan perdana menteri dan pembentukan jemaah menteri yang diumumkan semalam.

“PAS memberikan sepenuh kepercayaan kepada perdana menteri dan jemaah menteri untuk menumpukan khidmat kepada rakyat dan menjalankan tugas masing-masing, dengan budaya kerja berprestasi tinggi berorientasikan keberhasilan.

“PAS mengajak semua pihak untuk membantu menyelesaikan masalah negara secara bersama.

“Sekarang adalah masa untuk menyelamatkan rakyat dan memulihkan ekonomi yang terjejas akibat pandemik, bukan masa untuk politiking yang tidak berkesudahan sehingga merencatkan pelaksanaan Pelan Pemulihan Negara (PPN) secara menyeluruh,” katanya dalam kenyataan, hari ini.




Semalam, perdana menteri mengumumkan pembentukan barisan kabinet baru selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong. Barisan Kabinet baru ini dijadual akan mengangkat sumpah jawatan pada Isnin depan.

Ismail ketika mengumumkan senarai berkenaan berkata, tugas utama kabinet yang dibentuk hari ini adalah untuk menangani Covid-19 dan memulihkan semula ekonomi.

Beberapa pemimpin PAS turut tersenarai dalam Kabinet Ismail Sabri iaitu timbalan presiden Tuan Ibrahim Tuan Man (Alam Sekitar dan Air), Naib Presiden PAS Idris Ahmad (Jabatan Perdana Menteri – agama) dan setiausaha agung Takiyuddin Hassan (Tenaga dan Sumber Asli).

Timbalan menteri daripada parti itu pula ialah Ahmad Marzuk Shaary (Jabatan Perdana Menteri – agama), Amzad Mohamed (Sains, Teknologi dan Inovasi), Awang Hashim (Sumber Manusia), Siti Zailah Md Yusoff (Wanita, Keluarga dan Masyarakat) dan Nik Muhammad Zawawi Salleh (Pertanian).

Takiyuddin sebelum ini memegang jawatan sebagai menteri di jabatan perdana menteri (parlimen dan undang-undang).




Bagaimanapun, Khairuddin Aman Razali yang sebelum ini merupakan menteri perusahaan perladangan dan komoditi digugurkan.

Sementara itu, Ketua Penerangan PAS, Kamaruzaman Mohamad (gambar) bekata parti itu yakin pembentukan Kabinet yang dibuat dengan begitu teliti dan mengikut lunas Perlembagaan Persekutuan

“PAS turut mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada tiga menteri dan lima timbalan menteri daripada PAS yang telah diberi kepercayaan untuk menganggotai kabinet kerajaan yang baru.

“Namun, jangan kita leka kerana tugas berat sedang dipikul oleh kepimpinan negara. Usaha memulihkan negara daripada wabak Covid-19 terutamanya dari sudut kesihatan dan ekonomi perlu segera dilaksanakan,” katanya lagi.

PAS yakin dengan kepimpinan Ismail Sabri dan jemaah menteri baru





Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929




CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


UMNO ikrar bantu Ismail Sabri – Zahid



Leave a Reply

Your email address will not be published.