Industri Bas Pelancongan Kini Lumpuh Harap Diberi Perhatian

Industri Bas Pelancongan Kini Lumpuh Harap Diberi Perhatian

Industri bas pelancongan negara kini lumpuh sepenuhnya akibat pandemik Covid-19 yang berterusan sejak tahun lalu.

Pengerusi Sekretariat Gabungan Bas Malaysia, R Thiagarajan berkata, wabak Covid-19 yang berlarutan tidak menampakkan sebarang petanda bahawa industri bas itu akan dapat beroperasi seperti dahulu.

Beliau yang juga Pengerusi Pertubuhan Muafakat Pengusaha dan Pemandu Bas Negeri Johor berkata, keadaan itu menyebabkan ratusan pengusaha bas terus terbelenggu dengan pelbagai masalah berkait dengan industri dengan ribuan bas kini tersadai dan ratusan pemandu hilang pekerjaan.

“Sekretariat Gabungan Bas Malaysia (SGBM) selaku jawatankuasa bebas industri bas dan pelancongan negara memaklumkan keadaan industri ini lumpuh sepenuhnya.

“SGBM berterima kasih dengan kerajaan terdahulu kerana memberi pelbagai insentif dan bantuan ‘one off’ bagi menampung kehidupan seharian penggiat industri.

“Namun demikian, kami faham bantuan sedemikian tidak boleh berterusan kerana kapasiti negara dalam mengharungi cabaran kemelesetan ekonomi,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Sehubungan itu, beliau berharap dengan kepimpinan dan Kabinet baharu Keluarga Malaysia dapat memberikan penekanan dan perhatian ke atas industri bas dan pelancongan negara yang semakin kritikal.

Menurutnya, ramai pengusaha bas berhadapan situasi amat kritikal dan berharap kerajaan mengkaji semula semua skim dan insentif pernah diperkenalkan dahulu.

Katanya, keberkesanan terhadap industri bas dan pelancongan negara perlu dikaji semula kerana inisiatif dan skim diperkenalkan itu tidak menyeluruh dan hanya berpihak pada golongan tertentu.

“Skim dan inisiatif diperkenalkan harus memberi keutamaan kepada golongan betul-betul terkesan dan bukannya sebaliknya.

“Oleh itu, SGBM berharap kementerian berkaitan dapat memberi ruang untuk berjumpa kami bagi membincangkan input bagi membantu kerajaan merangka pelan bantuan lebih progresif dan berkesan demi kelestarian industri bas dan pelancongan negara.

“Kami bersedia mengembeling tenaga pengusaha atau pemandu bagi membantu menggerakkan usaha kerajaan dalam membantu memerangi pandemik Covid-19,” katanya.-HM

Industri Bas Pelancongan Kini Lumpuh Harap Diberi Perhatian


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Dihimpit hutang, ada pemandu bas pelancong cuba bunuh diri

Guna khidmat bas, van terkesan pandemik di PPV

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker