Papagomo digantung enam tahun

Umno menggantung keahlian exco pemudanya Wan Muhammad Azri Wan Deris selama enam tahun selepas didapati melanggar perlembagaan parti.

Azri, dikenali sebagai Papagomo akan digantung keahliannya bermula 27 Ogos lalu.

Perkara ini dimaklumkan melalui sepucuk surat bertarikh hari ini (1 September) dan ditandatangani Setiausaha Agung Umno Ahmad Maslan.



“Adalah dimaklumkan bahawa Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi Umno yangbersidang pada 27 Ogos 2021 telah memutuskan bahawa saudara digangtung hak-hak keahlian dalam parti […] selama tempoh enam tahun berkuatkuasa dari 27 Ogos 2021 atau dua penggal pemilihan Umno,” kata surat itu yang dilihat Malaysiakini.

Ahmad berkata MT Umno telah mendapati Azri melanggar banyak fasal dalam perlembagaan parti.

Ini termasuk fasal mengenai tata etika ahli supaya mematuhi arahan parti, melaksanakan dasar parti, mematuhi dan menghormati keputusan parti dan memelihara nama baik parti.

Azri dalam maklum balas segera berkata dia yakin dirinya tidak melakukan sebarang kesalahan dalam mencadangkan Umno menjalin hubungan kerja dengan Bersatu.



“Saya takkan merayu lah sebab tidak ada apa salah yang saya buat.

“Kalau nak kata saya ajak Umno untuk menyokong Bersatu tidak menghormati keputusan PAU saya berasa kerajaan hari ini pun hasil kerjasama antara Umno dan Bersatu.

“Jadi saya pun tak tahu dekat mana yang salah,” katanya.

Pun begitu, Azri berterima kasih kepada Umno dan berharap parti itu akan diselamatkan oleh pihak yang mahu menjadikan Umno sebagai “tebusan.”



“Apapun tak apalah. Sebenarnya membuka mata ahli Umno, rakyat khususnya orang mudalah.

“Umno ini perlu diselamatkan. Umno ini tak salah tapi individu yang berada dalam Umno ini yang jadikan Umno sebagai tebusan. Ini yang perlu diselamatkan

“Saya yakin kebangkitan Umno terutama orang muda di luar parti ini yang mendesak agar Umno ini diselamatkan daripada terus dijadikan tebusan.

“Apapun terima kasih Datuk Seri Zahid Hamidi, kita tengoklah whats next (apa selepas ini) katanya lagi.



Papagomo digantung enam tahun


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]


Baca Artikel Menarik :



Layari Laman Facebook MYKMU


Rugi suara merdu diabaikan, Aliff mahu rakam lagu

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker