Resepi daging masak hitam Sarawak

Resepi daging masak hitam Sarawak

Sedapnya daging masak hitam Sarawak ni. Bagi yang buntu nak masak apa hari ini, apa kata anda cuna resepi yang dikongsi oleh Imelda ini. Memang menyelerakan.

BAHAN:



500 gm daging batang pinang – hiris
5 biji bawang putih
5 ulas bawang merah
4 tangkai cili merah
150 gm gula apong
1 cawan kicap masin
3 cm kulit kayu manis
5 biji buah pelaga
Sedikit minyak masak

CARA:

1.Kisar bawang putih, bawang merah dan cili merah sehingga lumat. Tumiskan kulit kayu manis dan buah pelaga sehingga naik bau.
2.Masukkan bahan kisar dan tumis sehingga cili masak dan pecah minyak.
3.Tambahkan kicap dan kacau sehingga sebati.
4.Masukkan gula apong dan pastikan tidak hangus.
5.Akhir sekali, masukkan daging dan kacau sebati. Masak sehingga empuk.
Resepi oleh Imelda Maya Harris

Masakan ini amat mudah disediakan ia juga mengambil masa yang cepat untik disediakan. Jika anda ingin menyediakan bagi mereka yang tidak makan pedas, anda boleh menggunakan cili merah sahaja. Cubalah resepi ini anda pastikan menjadi ia lauk kegemaran keluarga anda, selamat mencuba ya!

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.



Resepi daging masak hitam Sarawak


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Resepi Terung Goreng Berlada Sedap



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker