Satu kes BID daripada lima kematian

Satu kes BID daripada lima kematian

Satu kes daripada lima kematian yang dicatatkan akibat Covid-19 pada Ogos lalu adalah merupakan kes pesakit yang meninggal dunia di luar hospital atau brought-in-dead.

Sepanjang bulan lalu, seba­nyak 1,565 kes BID dilaporkan berbanding jumlah keseluruhan kematian iaitu sebanyak 7,640 kes.

Selain itu, perbandingan jumlah keseluruhan kematian sepanjang Ogos berbanding Julai iaitu sebanyak 3,854 kematian menunjukkan peratusan kematian me­ningkat hampir 200 peratus.

Dalam tempoh bulan lalu juga, terdapat dua kali kes BID harian mencecah tiga digit iaitu masing-masing pada 15 Ogos (101 kes) dan 26 Ogos (100 kes) lalu.

Semalam kes kematian harian mencatatkan sebanyak 282 kes menjadikan jumlah ke­seluruhan pesakit meninggal dunia akibat Co­vid-19 dalam negara sebanyak 16,664.

Daripada jumlah itu, seba­nyak 98 kes merupakan kes BID melibatkan 63 orang warganegara, manakala 35 lagi adalah membabitkan bukan warganegara.

Sementara itu, sebanyak 20,897 kes baharu dilaporkan semalam menjadikan jumlah kes positif Covid-19 sebanyak 1,746,254 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, Selangor merekodkan sebanyak 4,371 kes, diikuti oleh Sabah sebanyak 2,594 kes, Sarawak sebanyak 2,285 kes dan Johor sebanyak 2,159 kes.

“Kedah pula (1,942 kes), Pulau Pinang (1,732 kes), Kelantan (1,479 kes), Perak (1,204 kes), Kuala Lumpur (1,003 kes), Pahang (798 kes), Terengganu (608 kes), Melaka (417 kes) dan Negeri Sembilan (215 kes).

“Perlis (64 kes), Putrajaya (25 kes) dan Labuan (satu kes),” katanya dalam kenyataan akhbar semalam.

Katanya, kes aktif pula sebanyak 267,863 kes dengan 1,005 kes sedang dirawat di unit rawatan rapi dan 464 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Dalam pada itu, seramai 18,465 pesakit dilaporkan pulih menjadikan kumulatif kes sembuh sebanyak 1,461,727 kes.

Noor Hisham berkata, sebanyak 22 kluster baharu dilaporkan semalam membabitkan 11 kluster tempat kerja, lapan kluster komuniti, dua kluster kumpulan berisiko dan satu kluster pusat tahanan. K Online

Satu kes BID daripada lima kematian


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Shahrol Shiro Balas Padu Teguran Hans Isaac, Harap Tak ‘Koyak’ Isu Kabinet ‘Recycle’

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker