Urutan seks, DBKL tutup 4 hotel

Urutan seks, DBKL tutup 4 hotel

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menutup empat buah hotel yang menjalankan aktiviti urutan seks di sekitar ibu kota.

Tindakan tersebut diambil menerusi Ops Patuh terhadap premis-premis komersial di seluruh kawasan ibu kota bagi tempoh 15 hingga 31 Ogos lalu.

Menurut DBKL, hasil daripada tindakan itu, seramai 30 orang warga asing ditahan bagi tujuan dokumentasi terdiri daripada lima warga Vietnam merupakan tukang urut, tujuh warga Thailand, 12 warga Indonesia serta enam rakyat Bangladesh.



“Tindakan menyita 45 pelbagai barangan turut dilakukan melibatkan rakaman televisyen litar tertutup (CCTV), kondom, minyak pelincir, video dekoder, buku log, modem, TV LED, monitor, dan lain-lain peralatan,” katanya di sini hari ini.

Mengulas lanjut, DBKL berkata, secara keseluruhan sebanyak 621 buah premis telah dibuat pemeriksaan melibatkan aktiviti yang dibenarkan beroperasi dalam tempoh Pelan Pemulihan Negara (PPN) bagi memastikan pengendali premis patuh kepada Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) dan lain-lain kesalahan di bawah akta dan peruntukan undang-undang yang dikuatkuasakan DBKL.


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU




“Sebanyak 22 notis kompaun telah dikeluarkan menerusi Akta 342 atas pelbagai kesalahan terhadap individu atau pemilik premis atau syarikat yang ingkar pematuhan SOP PPN yang ditetapkan pihak Majlis Keselamatan Negara.

“DBKL membuat penutupan terhadap 17 buah premis di bawah Seksyen 101(1)(v), Akta Kerajaan Tempatan 1976 terhadap empat buah hotel yang menjalankan aktiviti tidak bermoral dan 13 buah premis perniagaan yang dikendalikan oleh warganegara asing,” ujarnya.

Dalam pada itu, DBKL turut mengeluarkan 91 notis kompaun atas pelbagai kesalahan. K Online

Urutan seks, DBKL tutup 4 hotel



Shahrol Shiro Balas Padu Teguran Hans Isaac, Harap Tak ‘Koyak’ Isu Kabinet ‘Recycle’

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker