Potong gelang kuarantin, keluar jumpa kawan

Potong gelang kuarantin, keluar jumpa kawan

Padang Besar: Tindakan dua beradik positif Covid-19 yang ingkar untuk kuarantin diri di rumah mereka di Kampung Melayu, Padang Besar, di sini, membawa padah apabila dikompaun RM8,000 oleh polis.

Malah, tindakan mereka memotong gelang kuarantin Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) semata-mata untuk keluar rumah bertemu rakan ternyata memburukkan keadaan apabila Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Perlis mengesan terdapat individu positif berpunca daripada dua beradik itu.

Tindakan mementingkan diri dua beradik itu akhirnya sampai ke pengetahuan Penghulu Dewan Undangan Negeri (Dun) Titi Tinggi, Beseri, Mata Ayer dan Chuping, Reswan Ramli yang bertindak memarahi mereka serta mengarahkannya duduk di rumah selepas laporan polis dibuat.

Dalam video berdurasi 26 saat itu, Reswan dilihat berada di luar rumah dua beradik itu sambil memakai pelitup muka serta memarahi mereka yang mendedahkan diri kepada jangkitan ke atas orang lain di sekitar kawasan Pekan Padang Besar khususnya di Kampung Melayu, Padang Besar.

Reswan berkata, tindakannya itu semata-mata memberi pengajaran kepada dua beradik itu untuk tidak mengambil mudah dalam soal kesihatan dan keselamatan diri apabila mereka disahkan positif Covid-19.

“Saya menerima banyak aduan dan rungutan orang ramai di Padang Besar apabila melihat mereka sewenang-wenangnya keluar dan mengingkari arahan kuarantin diri di rumah untuk bertemu orang ramai.

“Malah, salah seorang daripada mereka sanggup memotong gelang kuarantin KKM dan difahamkan tindakan mereka bertemu rakan menyebabkan ada individu mempunyai kontak dengan mereka turut positif Covid-19,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Beliau berkata, perkara seperti ini tidak boleh dipandang ringan dan pendekatan secara berlembut dilihat tidak dapat memberikan kesan kepada dua beradik itu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Padang Besar, Saifudin Aslin Abbas berkata, dua beradik terbabit iaitu seorang wanita berusia 24 tahun dan adik lelakinya berusia 21 tahun sudah diarahkan menjalani kuarantin di rumah selepas disahkan positif Covid-19 dari 23 Ogos lalu hingga 5 September hadapan.

“Dua beradik ini tinggal bersama keluarga mereka seramai empat orang termasuk mereka, di sebuah rumah di Kampung Melayu, Padang Besar.


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


“Tindakan mereka yang ingkar arahan untuk kuarantin di rumah ini jelas menimbulkan kerisauan dalam kalangan masyarakat.

“Jadi, kami mengeluarkan kompaun kepada lelaki itu sebanyak RM6,500 kerana memotong gelang kuarantin KKM, dengan sengaja keluar premis kuarantin, gagal mematuhi SOP serta membawa masuk rakan ke dalam premis kuarantin,” katanya.

Saifuddin berkata, polis turut mengeluarkan kompaun RM1,500 kepada wanita yang juga kakak lelaki berkenaan kerana sengaja keluar dari premis kuarantin dan tidak mematuhi SOP.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Peraturan 16 P.U(a) 293/2021 Akta 342 Ordinan Darurat (Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit)(Pindaan) 2021. HM

Potong gelang kuarantin, keluar jumpa kawan

Shahrol Shiro Balas Padu Teguran Hans Isaac, Harap Tak ‘Koyak’ Isu Kabinet ‘Recycle’

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker