‘Kami Sekadar Hanya Mandi Kerbau’

‘Kami Sekadar Hanya Mandi Kerbau’

SEPANG – Penduduk di daerah ini resah dan berdepan kesukaran dalam menjalani aktiviti harian berikutan bekalan air yang terputus sejak kelmarin.

Kejadian itu ekoran pencemaran bau di Stesen Pam Air Mentah Jenderam Hilir yang menga­kibatkan Loji Rawatan Air Sungai Semenyih (LRA Sg. Semenyih) terpaksa dihenti tugas.



Seorang penduduk dari Taman Saujana KLIA, Imran Dahrir, 40, berkata, sebaik sahaja mendapat maklumat tentang gangguan bekalan air itu, dia dan ke­luarga bersiap sedia membeli tiga kotak air mineral untuk bekalan.

“Kita tidak tahu gangguan bekalan air ini berlarutan sampai bila, jadi lebih baik saya mengambil langkah awal.

“Selain itu, air tadahan pun saya simpan juga guna empat baldi. Mudah-mudahan ia mencukupi untuk kami seisi keluarga sehingga bekalan air kembali ada seperti sedia kala,” katanya.

Dia yang baru sahaja menduduki taman perumahan itu sejak awal tahun ini memberitahu, ia adalah kejadian pertama dihadapinya sejak berpindah ke taman perumahan berkenaan.



“Risau juga sebab tidak pernah mengalami gangguan air seperti ini. Bekalan air memang penting kerana jika tiada, memang menyukarkan kerana ia keperluan harian kita,” katanya.

Dalam pada itu, di Taman Bukit Serdang, Seri Kembangan pula, masalah gangguan air telah meresahkan penduduk di situ.

Seorang penduduk, Anthony Innasi, 64, dia mengharapkan bekalan air yang terputus kali ini tidak berlarutan lama seperti sebelum ini.

“Tangki di rumah saya masih ada sedikit air, tapi berapa lama sahaja boleh bertahan.



“Di rumah saya, ada lima orang termasuk ibu yang sudah uzur yang memerlukan banyak air bagi menguruskannya.

“Kami sekeluarga sekadar ‘mandi kerbau’ bagi menjimatkan air dan elak air tangki cepat habis,” ujarnya.

Sementara itu, Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd. (Air Se­langor) menyatakan bekalan air pulih sepenuhnya pada Jumaat ini.

“Bekalan air di 463 kawasan itu akan diterima secara berpe­ringkat-peringkat dan dijangka pulih ­sepenuhnya pada pukul 12 tengah malam 3 September ini (Jumaat).



“Pengguna boleh merujuk Ja­dual Pelan Pemulihan terpe­rinci di laman sesawang dan platform media rasmi Air Selangor,” katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Ujarnya, Air Selangor turut menjalankan ujian kualiti air yang mematuhi piawaian. -K! ONLINE

‘Kami Sekadar Hanya Mandi Kerbau’


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:



MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Makcik tinggal serumah rupanya rakan dalam talian 3 tahun

Pemuda tak mengaku salah dakwaan cuba bunuh ayah

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker