Makcik tinggal serumah rupanya rakan dalam talian 3 tahun

Makcik tinggal serumah rupanya rakan dalam talian 3 tahun

Seorang lelaki di Hangzhou China terkejut apabila mendapati wanita yang menumpang di rumah dia sejak tiga tahun lalu sebenarnya adalah ‘teman wanitanya’ dalam talian.

Menurut laporan The Paper, Lu, 28, (bukan nama sebenar lelaki itu) seorang peniaga barangan terpakai mengenali Yang (bukan nama sebenar teman wanita) di platform dalam talian yang menjual barangan terpakai pada September 2017.

Pasangan itu mula rapat dan akhirnya menjalin hubungan cinta. Cubaan Lu untuk menemui Yang sering gagal sehingga dia bertemu dengan ibu saudara Yang yang dikenali sebagai Xu, yang berperanan sebagai orang tengah antara mereka.

Menurut Xu, Yang tidak dibenarkan keluar rumah kerana enggan berkahwin dengan pilihan keluarga dan mengancam untuk lari dari rumah.

Pada 2018, Yang memberitahu Lu, ibu saudaranya akan ke Hangzhou untuk menilai kesesuaian Lu sebagai bakal suaminya.

Lu yang tidak menyangka dia diperdaya gembira dan menerima kedatangan Xu dengan tangan terbuka.

Selain membenarkan Xu menetap di rumahnya selama tiga tahun, Lu turut mengirim puluhan ribu RMB setiap bulan sebagai persediaan perbelanjaan perkahwinan mereka.

Penipuan Yang/Xu terbongkar apabila Lu membantu menukar pelindung layar telefon bimbit Xu. Lu menyedari beberapa mesej yang dihantar Xu seolah sama dengan gaya bahasa Yang di telefon.

Rasa curiga itu terbukti apabila Lu sengaja meletakkan perakam suara di rumahnya dan keluar untuk menghubungi Yang.

Lu terkejut besar apabila mengetahui teman wanita yang tidak pernah ditemui sebenarnya adalah ‘ibu saudara’ yang menetap dengannya selama tiga tahun.

Selepas Lu membuat laporan polis, Xu mengaku ‘Yang’ adalah karakter yang direka dan telah membelanjakan semua wang yang dipindahkan kepadanya.

Polis kemudian mendapati wanita itu mempunyai beberapa akaun WeChat yang digunakan untuk melakonkan beberapa watak berbeza seperti ibu dua anak yang berdepan masalah selain wanita muda yang mempunyai ‘pandangan pesimis terhadap perkahwinan’.

Sepanjang menjalin hubungan dengan semua lelaki tersebut, tidak seorang pun menyedari bahawa mereka sedang ditipu.

Xu kini ditahan polis dan kes itu sedang disiasat. FMT

Makcik tinggal serumah rupanya rakan dalam talian 3 tahun


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Najib tawar bantuan guaman kepada gadis hilang tangan akibat disamun

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker