PSM saran undi tidak percaya ke atas MB Selangor

PSM saran undi tidak percaya ke atas MB Selangor. Parti Sosialis Malaysia (PSM) mencadangkan agar anggota dewan undan negeri (adun) Selangor menggulingkan Menteri Besar, Amirudin Shari sekiranya dia gagal membatalkan penyahwartaan Hutan Simpan Kuala Langat Utara (HSKLU).

Dalam satu kenyataan hari ini, Ketua Biro Krisis Alam Sekitar dan Iklim PSM Dr Darren Ong Chung Lee berkata Amirudin tidak menghormati resolusi sebulat suara oleh dewan undangan negeri Selangor pada November tahun lalu untuk melindungi hutan tersebut.

Dia berkata, keputusan yang dibuat pada Mei lalu, dan didedahkan hanya tiga bulan kemudian, menunjukkan kurangnya ketelusan, kebertanggungjawaban, dan keprihatinan terhadap krisis iklim serta melanggar hak-hak orang asli.

 



Keputusan itu juga mempersendakan pendengaran umum mengenai masalah itu pada bulan September tahun lalu kerana bantahan yang diluahkan diabaikan demi lobi ahli perniagaan, kata Ong.

“Tentunya ada calon menteri besar yang lebih berkebolehan di kalangan wakil rakyat di Selangor,” kata Ong.

Sementara itu, Ong mendesak pemimpin tertinggi Pakatan Harapan untuk menuntut agar kerajaan Selangor menarik balik keputusan mereka.

“Jika mereka gagal, maka mereka telah kehilangan semua landasan moral untuk mengkritik aktiviti pembalakan dan perlombongan yang diluluskan oleh negeri-negeri yang diterajui oleh PAS dan Umno,” katanya.



 

Penyahwartaan HSKLU yang dibuat Mei, hanya didedahkan ketika sesi soal jawab sidang DUN Selangor pada 30 Ogos.

Penyahwartaan itu dibuat setelah keputusan dicapai pada Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) ke-17/2021 pada 5 Mei lepas yang disahkan oleh MMKN ke-18 pada 19 Mei, membabitkan 536.70 hektar kawasan di bawah Seksyen 12, Enakmen (Pemakaian) Akta Perhutanan Negeri Selangor 1985.

Pada bulan Mac tahun lalu, Amirudin Shari memaklumkan dua syarikat telah mencadangkan untuk membangunkan kawasan Hutan Simpan Kekal Kuala Langat Utara, iaitu Titian Jutaria Sdn Bhd dan Menteri Besar Incorporated Selangor (MBI Selangor).



PSM saran undi tidak percaya ke atas MB Selangor


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]


Baca Artikel Menarik :



Layari Laman Facebook MYKMU


Pemuda jadi ‘hero’ selamatkan wanita dikasari teman lelaki



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker