Mohon berikan bantuan sama rata

Bantuan sama rata perlu diberikan kepada maahad tahfiz sama ada berdaftar mahupun tidak berdaftar yang terkesan akibat pandemik Covid-19 di Kedah.

Mudir Maahad Tahfiz al-Quran dan Hadis Imam Al Jahzari, Mohd Naim Abd Razak berkata, banyak pusat tahfiz dikhuatiri terjejas semenjak pandemik Covid-19 melanda negara.

“Sehingga kini, tiga maahad tahfiz milik rakan saya telah ditutup akibat Covid-19.

“Pihak saya juga tidak terkecuali terjejas memandangkan kini pihak pengurusan telah kekurangan wang simpanan maahad untuk bayar gaji, bil utiliti dan kos pengurusan lain,” katanya kepada Sinar Harian.

Mohd Naim berkata, keba­nya­kan pusat tahfiz termasuklah maahad tahfiz kendaliannya mengurangkan yuran pengajian pelajar kerana prihatin dengan keadaan ibu bapa ketika pandemik.

“Sistem Penga­jaran dan Pembela­jaran di Rumah (PdPR) maahad tahfiz tidak sama dengan sekolah biasa, yang mana sewaktu musim PdPR ini, kita memang mengu­rangkan jumlah bayaran kerana mengambil kira faktor tertentu.

“Sebagai contohnya, Maahad Tahfiz al-Quran dan Hadis Imam Al Jahzari, yuran kini dikurangkan sebanyak 65 peratus kepada sekitar RM70 sebulan sahaja dan kita bergantung kepada yuran ini untuk meneruskan operasi,” katanya.

Bagaimanapun, Mohd Naim berkata, pihaknya bernasib baik apabila menerima bantuan dan peruntukan daripada kerajaan untuk meneruskan kelangsungan pusat pengajian itu.

“Dengan peruntukan diberikan, ia sedikit sebanyak mengurangkan kesulitan dialami ketika musim Covid-19,” katanya.

Menurutnya, nasib maahad tahfiz tidak berdaftar dikhuatiri lebih ‘parah’ memandangkan tidak menerima peruntukan daripada mana-mana pihak.

“Secara peribadi, saya berharap maahad tahfiz tidak berdaftar tidak dianaktirikan kerana memiliki pelajar yang memerlukan bantuan dan mereka bukannya enggan mendaftar tapi hanya tidak memenuhi kriteria tertentu yang ditetapkan,” katanya.

Bantuan perseorangan

Sementara itu di Kluang, sumbangan orang perseorangan yang masih diterima membantu Madrasah Al-Mukarromah Manbaul Quran di Simpang Renggam di sini meneruskan operasi dengan mendepani cabaran pandemik Covid-19 ketika ini.

Pengetua Madrasah Al-Mukarromah Manbaul Quran, Aminudin Mastor Mustafa berkata, biarpun jumlah sumbangan berkurangan berbanding sebelum negara dilanda Covid-19, namun ia amat membantu terutama untuk membayar gaji 18 tenaga pengajar di madrasah.

“Sumbangan daripada orang perseorangan termasuk dari luar Johor seperti Selangor dan Kuala Lumpur walaupun jumlahnya berkurangan tetap ada untuk bantu madrasah.

“Orang ramai dapat peroleh maklumat tentang madrasah di Facebook. Terima kasih kepada penyumbang yang amat membantu madrasah,” katanya kepada Sinar Harian.Menurut Aminudin, pihak pengurusan memahami kesu­sa­han dihadapi ibu bapa dan penjaga untuk melunaskan bayaran yuran bulanan yang ditetapkan kesan daripada pandemik Covid-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan.

“Sekiranya ada ibu bapa atau penjaga tidak mampu membayar, pihak madrasah tidak pernah menyekat pelajar berkenaan untuk mengikuti pembelajaran secara dalam talian.,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berharap agar kerajaan negeri dan pusat dapat menyalurkan bantuan yang bersesuaian me­man­dangkan sesi persekolahan bersemuka dijangka dilakukan pada Oktober depan.

Mohon berikan bantuan sama rata


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Pemuda tak mengaku salah dakwaan cuba bunuh ayah

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker