Lupa kunci rumah, lelaki panjat pangsapuri 14 tingkat [VIDEO]

BEIJING: Seorang lelaki di China mengejutkan orang ramai dengan kemahiran luar biasanya apabila memanjat pangsapuri sehingga ke tingkat 14 kerana terlupa mengambil kunci rumah.

Lapor Daily Star, lelaki dalam lingkungan usia 50-an itu tinggal di tingkat 14 kompleks kediaman di bandar Dongguan di tenggara China.

Lelaki itu dilaporkan terlupa membawa kunci rumah bersamanya dan hanya menyedari perkara tersebut ketika dalam perjalanan pulang ke pangsapuri tersebut.

Dalam satu klip video yang tular di laman Douyin, lelaki itu dilihat berpaut pada paip saliran di luar bangunan tinggi dan memanjat sehingga ke tingkat 14.

Dia kemudian memanjat ke pagar balkoni sebelum memasuki ke dalam rumahnya.

Menurut beberapa jiran dari bangunan bersebelahan, lelaki tersebut tidak menggunakan sebarang peralatan ketika memanjat apartmen itu.

https://www.youtube.com/watch?v=5Y14x_MWyHY

“Lelaki mula memanjat dari platform tingkat dua kemudian naik sehingga ke tingkat 14.

“Dia itu berpaut pada paip saliran hampir sepanjang masa,” kata seorang lelaki kepada media tempatan.

Seorang pengguna media sosial menyifatkan tindakan lelaki berkenaan sebagai melulu kerana sanggup membahayakan nyawanya.

“Dia merisikokan nyawa sendiri dengan melakukan sesuatu yang melulu dan tidak masuk akal.

“Lelaki itu mungkin sengaja ingin menunjuk kemahirannya kerana dia boleh sahaja naik ke rumah menggunakan lif,” katanya. – AGENSI

Lupa kunci rumah, lelaki panjat pangsapuri 14 tingkat


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Netizen korek identiti ‘amoi’ piza

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker