Penjara Penor Kena PKPD, Banduan Hilang Deria Bau

Penjara Penor kena PKPD, Banduan Hilang Deria Bau

Kemasukan seorang banduan pada 28 Julai lalu, mengakibatkan Penjara Penor di Pahang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) iaitu antara enam lokaliti di negeri berkenaan dilaksanakan perintah itu mulai Sabtu ini.

Wabak itu menyebabkan Kluster Penor di penjara berkeluasan 80 hektar itu bukan sahaja menyebabkan 293 tahanan lain dijangkiti Covid-19, malah dua banduan lelaki maut masing-masing berusia 60 tahun dan 69 tahun meninggal dunia pada 28 Ogos lalu di penjara yang asalnya ialah Sekolah Henry Gurney Kuantan dan dibuka pada 1982 lepas.

Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara, Jabatan Perdana Menteri, Datuk Rodzi Md. Saad berkata, turut sama dikenakan PKPD di negeri tersebut ialah tiga perkampungan Orang Asli di Daerah Temerloh iaitu Kampung Kuala Terbol, Kampung Pian dan Kampung Lubok Wong.

Ia berpunca Kluster Komuniti Terbol yang bermula daripada seorang wanita tempatan berusia 40 tahun bergejala disahkan positif pada 23 Ogos lalu sebelum menjangkiti 35 individu lain.

“Dua lagi lokaliti di negeri itu yang juga dilaksanakan PKPD untuk tempoh sama ialah Rumah Kongsi Pinggiran Goh, Daerah Kuantan dan kawasan Sempalit di Mukim Gali, Daerah Raub selain Taman Keramat dan Angkasa Apartment di Kota Kinabalu, Sabah,” katanya dalam kenyataan hari ini.-K! ONLINE

Penjara Penor kena PKPD, Banduan Hilang Deria Bau


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Speaker nafi tolak 15 usul untuk beliau kosongkan jawatannya

Mohon berikan bantuan sama rata

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker