Lencongan trafik Jalan Sultan Azlan Shah ke Jalan Tun Razak mulai esok

KUALA LUMPUR – Penutupan jalan dan lencongan trafik akan dilaksanakan di persimpangan lampu isyarat dari Jalan Sultan Azlan Shah (arah Sentul) menghala ke Jalan Tun Razak bermula esok sehingga 4 November ini.

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam kenyataan memaklumkan, penutupan jalan itu bagi melancarkan kerja-kerja menaik taraf persimpangan bertingkat di Lebuhraya Sultan Iskandar (Lebuhraya Mahameru), Jalan Tun Razak, Jalan Tun Ismail, Jalan Ipoh dan jalan di sekitarnya.

Penutupan jalan dan lencongan trafik akan dilaksanakan di persimpangan lampu isyarat dari Jalan Sultan Azlan Shah (arah Sentul) menghala ke Jalan Tun Razak bermula esok sehingga 4 November ini.

Menurut kenyataan itu, trafik dari Jalan Sultan Azlan Shah (arah Sentul) menghala ke Jalan Tun Razak akan dilencongkan ke Jalan Sentul dan seterusnya ke Jalan Sentul Manis melalui pembukaan median baharu dan juga melalui Jalan Pahang untuk ke Jalan Tun Razak.

“Pengguna jalan raya dinasihatkan supaya mematuhi isyarat papan tanda yang diletakkan di lokasi sebagai panduan bagi mengelakkan kekeliruan dan langkah keselamatan,” katanya. – Bernama

Lencongan trafik Jalan Sultan Azlan Shah ke Jalan Tun Razak mulai esok


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Kes masih tinggi, jangan tergesa-gesa umumkan endemik

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker