Wanita bersalin sendirian tidak patut berulang – TMJ

Wanita bersalin sendirian tidak patut berulang – TMJ

JOHOR BAHRU: Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Ibrahim menitahkan kejadian seorang wanita bersalin secara bersendirian di Hospital Sultan Ismail (HSI) di sini, tidak patut berlaku lagi.

Tunku Ismail dalam ciapan di akaun Twitter baginda bertitah, pihak yang terbabit akan diberikan peringatan dan amaran supaya menjalankan tugas bagi menjamin keselamatan serta keselesaan pesakit.

“Saya telah menerima laporan dari Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) dan melihat kenyataan jabatan itu.

“Pihak-pihak tertentu akan diberikan peringatan dan amaran supaya memastikan keselamatan dan keselesaan para pesakit sentiasa dijamin. Perkara yang tidak diinginkan seperti ini tidak patut berlaku lagi,” titah baginda dalam ciapan yang dibuat, malam tadi.

Tunku Mahkota Johor membuat ciapan berkenaan selepas netizen berkongsi laporan berita insiden wanita berkenaan bersalin sendirian kepada baginda.

Semalam, JKNJ dilaporkan akan menjalankan siasatan terperinci mengenai kejadian seorang ibu yang bersalin seorang diri di dewan bersalin HSI, di sini, bulan lalu.

Pengarah Kesihatan Johor, Datuk Dr Aman Rabu, dilaporkan yang mengakui kejadian berkenaan berlaku berkata, secara keseluruhannya aduan itu adalah berasas dan JKNK akan mengambil tindakan penambahbaikan yang diperlukan.

Kelmarin, tular di media sosial, dakwaan seorang wanita membuat hantaran di Facebooknya mendakwa bahawa dia terpaksa melahirkan anak seorang diri di bilik pengasingan khas bagi ibu hamil yang positif COVID-19, setelah panggilannya untuk meminta bantuan kakitangan hospital tidak dilayan.

Wanita itu membuat naik status berkenaan di akaun Facebooknya pada 31 Julai, tetapi hanya menjadi tular sejak kelmarin.

Pendedahan ibu berkenaan serta laporan maklum balas JKNJ semalam, menerima kecaman meluas netizen yang kecewa berikutan insiden berkenaan membahayakan nyawa ibu serta bayi yang tidak dipantau malah mereka mengharapkan petugas kesihatan lebih peka dan ikhlas dalam menjalankan tugas. BH

Wanita bersalin sendirian tidak patut berulang – TMJ


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Syarikat modal RM1 dapat hak bangunkan hutan simpan Kuala Langat

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker