Pegawai agensi kerajaan ditahan minta rasuah bekal pelekat

Pegawai agensi kerajaan ditahan minta rasuah bekal pelekat.  Seorang pegawai agensi kerajaan ditahan selepas dipercayai terlibat dalam rasuah bernilai RM5,000 bagi pembekalan projek pembekalan pelekat kepada agensi itu.

Penahanan suspek lelaki berusia 44 tahun itu dilakukan kira-kira 2 petang tadi di Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor.

Menurut sumber, suspek dikatakan telah meminta dan menerima rasuah berjumlah RM5,000 daripada syarikat pengiklanan.



“Perbuatan itu dipercayai dilakukan suspek lelaki bermula dari tahun 2017 hingga tahun lalu.

“Rasuah itu sebagai balasan untuk membantu syarikat terbabit mendapatkan projek pembekalan pelekat kepada agensi berkenaan,” katanya di sini hari ini.

Sementara itu, Pengarah SPRM Selangor Datuk Alias Salim ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut dan kes disiasat di bawah Seksyen 17 (a) Akta SPRM2009.

“Permohonan reman terhadap suspek akan dilakukan pukul 9 pagi esok di Mahkamah Majistret Shah Alam,” jelasnya



Pegawai agensi kerajaan ditahan minta rasuah bekal pelekat


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]


Baca Artikel Menarik :



Layari Laman Facebook MYKMU


NGO antirasuah, veteran politik sokong akta pecat MP lompat parti



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker