Lagi Kereta Dipandu Melawan Arus Kali Ini Di Lebuhraya MEX [VIDEO]

Lagi Kereta Dipandu Melawan Arus Kali Ini Di Lebuhraya MEX [VIDEO]

Sebuah kenderaan dikesan dipandu secara melawan arus di Lebuhraya MEX berhampiran Seri Kembangan pagi tadi.

Tindakan nekad pemandu kereta Perodua Myvi itu sempat dirakam kru Astro AWANI kira kira jam 11.10 pagi ketika dalam perjalanan pulang dari Banting.

Kenderaan terbabit dipercayai dipandu di lorong tengah lebuh raya berkenaan dengan kelajuan sekitar 60 hingga 70 kilometer sejam.

Video berdurasi 19 saat yang sempat dirakam jurukamera Astro AWANI, R Sunenthiran itu turut memaparkan kenderaan lain yang membunyikan hon kepada kenderaan tersebut.

 

Bagaimanapun tidak dapat dipastikan motif serta punca mengapa pemandu terbabit bertindak demikian.

Astro AWANI telah menghubungi Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan masih menanti perkembangan berhubung kejadian.

Lagi Kereta Dipandu Melawan Arus Kali Ini Di Lebuhraya MEX [VIDEO]


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Kes masih tinggi, jangan tergesa-gesa umumkan endemik

Lupa kunci rumah, lelaki panjat pangsapuri 14 tingkat [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker