KKM MaHTAS Tegaskan Tiada Keberkesanan Guna Nano Mist Spray Cegah Covid-19

KKM MaHTAS Tegaskan Tiada Keberkesanan Guna Nano Mist Spray Cegah Covid-19

Kalau kita perasan sekarang ini, sanitizer atau alat nyah kuman kini tengah jadi trend, iaitu penyembur nano yang kini banyak dijual dengan harga murah.

Ianya digunakan sebagai alat keselamatan untuk mencegah virus. Bagaimanapun, Cawangan Penilaian Teknologi Kesihatan (MaHTAS) di Kementerian Kesihatan Malaysia telah memberitahu bahawa alat ini tidak berkesan bagi mengawal jangkitan virus.



Tidak berkesan

Menerusi sebuah forum kesihatan di Malaysia, doctoroncall.com.my, individu yang dipercayai seorang doktor telah menjelaskan bahawa Nano Mist Spray bukanlah alat penyembur khas untuk mengurangkan risiko jangkitan virus.

Tiada kajian yang menunjukkan keberkesanan Nano Mist Spray dalam mengurangkan risiko jangkitan COVID-19.

Nano Sanitizer Gun Tak Berkesan

Sumber: Google Image

Laman rasmi MaHTAS turut bersetuju bahawa tidak ada bukti mengenai keberkesanan mahu pun keselamatan Nano-Silver Sanitizer Spray bagi mencegah penularan COVID-19, walaupun ia mengandungi nano silver yang merupakan bahan aktif dalam produk.



Selain itu, bukti yang mengatakan semburan ini berkesan juga terhad. Ia hanya berkesan untuk menyingkirkan biofilm Staphylococcus aureus dan Salmonella typhimurium dalam keadaan tidak klinikal.

Nano Sanitizer Gun Tak Berkesan 2

Sumber: Facebook

Oleh itu, keberkesanan, keselamatan dan keberkesanan kos Nano-Silver Sanitizer Spray dalam keadaan klinikal tidak dapat ditentukan.

Sebaliknya, doktor tersebut menyatakan bahawa bahan pencuci yang berkesan adalah hand sanitizer dan mengamalkan langkah-langkah seperti mencuci tangan dengan sabun dan air.



Selain itu, elakkan daripada menyentuh mata, hidung atau mulut dengan tangan yang tidak dicuci, jauhi daripada orang yang sakit terutamanya yang menunjukkan simptom jangkitan COVID-19, elakkan daripada mengunjungi kawasan tumpuan ramai orang, mematuhi SOP yang ditetapkan oleh kerajaan, dan pastikan mulut serta hidung ditutup dengan tisu ketika batuk atau bersin.-LM

KKM MaHTAS Tegaskan Tiada Keberkesanan Guna Nano Mist Spray Cegah Covid-19


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]




Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Kes masih tinggi, jangan tergesa-gesa umumkan endemik



Lupa kunci rumah, lelaki panjat pangsapuri 14 tingkat [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker