Ketua Ajaran Sesat ‘Perjalanan Mimpi Yang Terakhir’ Ditahan

Ketua Ajaran Sesat ‘Perjalanan Mimpi Yang Terakhir’ Ditahan

Penahanan Sittah Annur, 39, Ketua Ajaran Perjalanan Mimpi Yang Terakhir (PMYT) membongkar penemuan dana sumbangan pengikutnya sebanyak RM84,721.42.

Ia hasil penemuan satu resit ketika serbuan dilakukan pihak berkuasa di rumahnya di Shah Alam, awal pagi tadi.

Timbalan Ketua Polis Daerah Brickfields Superintendan Basri Sagoni berkata, polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields menahan suspek kira-kira jam 1.10 pagi bagi membantu siasatan.

Menurutnya, pihak polis turut membuat rampasan lima telefon bimbit pelbagai jenama, sekeping kad bank, sekeping resit pemindahan wang ke akaun bank tempatan sebanyak RM84,721.42 dan sepasang telekung warna putih dipercayai digunakan oleh suspek semasa membuat Live Facebook.

“Siasatan juga mendapati wang diterima suspek menerusi rampasan resit pemindahan wang itu adalah hasil derma daripada ahli yang menyertai kumpulan ajarannya itu.

“Peniaga wanita yang sudah berumah tangga itu sedang disiasat mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan (kesalahan yang menyebabkan suasana tidak harmoni, perpecahan atau permusuhan, benci membenci atau niat jahat atau memudaratkan pemuliharaan keadaan harmoni atau perpaduan, atas alasan agama) dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Basri berkata, permohonan tahanan reman terhadap suspek dipohon dan dibenarkan oleh Majistret Kuala Lumpur selama empat hari sehingga 7 September ini.

“Tangkapan suspek bagi membantu siasatan di mana setakat ini enam laporan polis diterima berkaitan isu yang sama dibuat di lima balai polis berasingan.

“Suspek dalam kes ini sebelum tangkapan dijalankan ada membuat laporan polis penafian dan menyatakan tidak pernah mewujudkan kumpulan ajaran sesat atau apa-apa kumpulan dan ajaran yang bertentangan dengan ajaran Islam,” katanya.

Beliau berkata, suspek menafikan semua tuduhan termasuk tindakan yang boleh mengancam keselamatan negara.

 

Pendedahan eksklusif Harian Metro bermula 29 Ogos lalu.
Pendedahan eksklusif Harian Metro bermula 29 Ogos lalu.

Malam tadi, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Abd Jalil Hassan mengesahkan pihaknya sedang menjalankan siasatan terhadap pemilik akaun Facebook (FB) Masitah Ab Jalar atau dikenali dengan nama Sittah Annur yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kumpulan ajaran sesat PMYT.

Menurutnya, siasatan menjurus kepada penularan beberapa rakaman video mengandungi kenyataan yang menyentuh aqidah serta ajaran Islam melalui akaun YouTube Cahaya Islam dan S’ttah An Nur PMYT serta di pelbagai platform media sosial sejak beberapa hari yang lalu.

“Antara kandungan rakaman video yang tular adalah pengakuan wanita terbabit mendakwa dirinya boleh berhubung terus dengan Allah, malaikat dan Nabi Muhammad SAW.

“Beliau turut mendakwa mimpi perjalanan terakhir diturunkan kepada dirinya sebagai panduan untuk umat yang lain dan sesiapa yang menyakiti atau menghalang dirinya dari menyampaikan ajaran boleh dicabut nyawa oleh Allah,” katanya.

 

 

Ajaran PMYT mula didedahkan secara eksklusif akhbar ini pada 29 Ogos lalu yang pendedahannya disambut dengan siri laporan polis terhadap kumpulan itu di seluruh negara. Untuk rekod, terdapat 13 laporan polis dibuat terhadap kumpulan itu.

Wanita berasal dari Kelantan dan menetap di Shah Alam itu dikesan sejak enam bulan lalu menggunakan media sosial seperti Facebook (FB), YouTube dan Telegram untuk berkongsi pelbagai ramalan termasuk Perang Dunia Ketiga kononnya berlaku di Sabah sebelum dia memimpin pasukannya untuk mencari Imam Mahdi bagi melawan musuh.

Selain bercerita mengenai peperangan itu, Sittah Annur turut mendakwa dirinya beryaqazah dengan malaikat dan bertemu secara jaga (sedar) dengan Nabi Muhammad SAW dan merangka pelan keluar bersama pengikutnya jika peperangan berlaku.

Malah, bagi meyakinkan pengikutnya, Sittah Annur turut dikesan menjaja nama beberapa orang pemimpin negara, pemimpin dunia dan tokoh agama sebagai khalifah kepada ajarannya itu.

Susulan pendedahan itu juga, Selain Mufti negeri, pihak berkuasa agama, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainuddin mengarahkan PDRM untuk mengambil tindakan mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma) kepada mana-mana individu yang cuba menimbulkan kegusaran, menakut-nakutkan dan mengganggu ketenteraman awam termasuk kepada kumpulan PMYT.

Manakala Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Senator Idris Ahmad berkata, selain tindakan penguatkuasaan antara pihak berkuasa, pihaknya juga akan berusaha selamatkan pengikut kumpulan PMYT.-HM

Ketua Ajaran Sesat ‘Perjalanan Mimpi Yang Terakhir’ Ditahan


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Kes masih tinggi, jangan tergesa-gesa umumkan endemik

Lupa kunci rumah, lelaki panjat pangsapuri 14 tingkat [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker