Resepi Mee Kuah Daging Sempoi

Resepi Mee Kuah Daging Sempoi

Mee Kuah Daging merupakan hidangan yang amat popular jika direstoran. Ianya merupakan gabungan mee kuning bersama kuah daging yang amat kaya dengan rasa daging dan manis.

Kali ini kami bawakan resepi ini khas buat anda. Ianya juga sesuai untuk dihidangkan di majlis keraian. Resepi ini juga sesuai untuk dimakan oleh semua lapisan umur.



Resepi ini dikongsikan oleh Ika Shahar dan mendapat banyak likes di media sosial. Jom tengok!

Bahan – bahan:

1 biji bawang holland*
1 biji bawang besar*
6 ulas bawang putih*
1/2 inch halia*
2 biji tomato*
Cili kering kisar
1 biji kentang russet
2 biji keledek merah
Daging
Asam keping
1 tin tomato soup
Susu pekat
Garam
Gula
Ajinamoto
Sos cili

Cara – cara memasak:



Potong semua bahan bertanda * dan tumis sehingga naik bau. Selepas itu, kisar kesemua bahan tersebut.
Didihkan air di dalam periuk dan masukkan daging/tulang dan rebus bersama kentang dan keledek.
Apabila agak-agak kentang dan keledek sudah empuk, angkat dan kisar.
Masukkan bahan kisar, 3 senduk cili kisar, jika mahu pedas tambah lebih cili kisar, 1 tin tomato sup, 2 asam keping, kentang yang telah dikisar, garam, ajinomoto, 5 sudu besar susu pekat dan 1 senduk sos cili.
Agak-agak sudah mendidih sama dengan gula. Masukkan gula mengikut kemahuan anda.
Biar mendidih.
Siap!

Mudah kan resepi ini? Ada lagi variasi resepi yang pastinya boleh anda cuba. Jangan lupa untuk mervariasikan resepi hasil air tangan anda! Oh, pastikan anda menekan butang kongsi dan kongsikan kepada rakan – rakan anda ya!

Resepi Mee Kuah Daging Sempoi


Baca Artikel Menarik :



Layari Laman Facebook MYKMU


Resepi stik masala lain dari yang lain



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker