Resepi stik masala lain dari yang lain

Resepi stik masala lain dari yang lain

Stik masala ini jarang orang buat. Selalunya kita buat stik biasa black pepper. Jadi kali ini kita tukar citarasa sikit.
Kita cuba buat stik rasa north indian pula.

Apa lagi jom kita cuba buat masakan ini yang pasti tidak akan mengecewakan anda semua.Jom cuba



BAHAN

600 gm daging lembu potongan stik nipis
1 ½ sudu besar rempah masala
4 ulas bawang putih – kisar
2 ulas bawang merah – kisar
2 ulas bawang putih – hiris
¼ cawan yogurt
Garam secukup rasa
1 sudu kecil minyak kelapa

BAHAN SOS

¼ cawan yogurt
¼ cawan susu cair



CARA

1.Satukan ke semua bahan dan perapkan dengan daging, selama 1 jam atau semalaman. Panaskan minyak dan gril kan atau panggang daging di atas api sederhana. Pastikan jangan sampai hangus. Ke tepikan.
2.Untuk sos, satukan susu dan yogurt di dalam kuali. Masak sehingga pekat.
3.Setelah daging siap dipanggang, hidangkan bersama sos yogurt. Hiaskan dengan salad dan hidangkan.
Resepi oleh Cef Azli Razali

Jangan lupa mencuba resepi ini ini, dan kongsikan bersama rakan anda agar ia dapat dimanafaatkan bersama ya. Selamat mencuba!

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.



Resepi stik masala lain dari yang lain


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Resepi Sotong Cili Padi Petai



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker