Jawi siasat orang Islam baca doa dalam acara libat bukan Islam

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) menyiasat isu bacaan doa oleh orang Islam pada majlis turut membabitkan bacaan doa orang bukan Islam.

Dalam kenyataan, Jawi berkata siasatan dibuat bagi memastikan amalan itu tidak mengandungi unsur menyalahi pandangan hukum atau fatwa.

“Sebarang kesalahan yang berhubungan dengan akidah boleh dikenakan tindakan undang-undang dan hukuman bawah Akta 559, Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997.



“Semua pihak dinasihatkan sentiasa merujuk kepada pihak autoriti agama bagi memastikan tindakan dilaksanakan mengikut lunas hukum syarak yang ditentukan,” katanya.

Jawi mengeluarkan kenyataan itu susulan video tular memaparkan seorang lelaki Islam membaca doa pada majlis pecah tanah di sekitar Kuala Lumpur baru-baru ini. Pada acara sama turut diadakan acara doa orang bukan Islam.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Sajat sekolahkan Abang Tesla, terkedu dibuatnya

Isteri kedua Abang Tesla kena ‘sound’ dengan Noorkhiriah



10 tahun tunggu zuriat, isteri meninggal 3 bulan selepas bersalin [VIDEO]

Fasha Sandha galak bergoyang lepas ramping?



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker