PRK Pelangai: Zaini, Armizar, Jamaludin atau Fazlin?

PRK Pelangai: Zaini, Armizar, Jamaludin atau Fazlin?

Siapakah antara empat calon yang akan terpilih mewakili Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Pelangai nanti?

Empat nama yang sudah disenarai pendek ialah Pemangku Ketua UMNO Bahagian Bentong, Datuk Seri Mohamad Zaini Salleh, dua Ahli Jawatankuasa UMNO bahagian tersebut, Datuk Jamaludin Buyong dan Datuk Amizar Abu Adam.



Manakala calon wanita tunggal yang turut tersenarai ialah Fazlin Norhana Ahmad yang juga bekas Ketua Pergerakan Puteri UMNO Bahagian.

Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai yang akan diadakan pada 7 Oktober depan.

Empat nama tersebut disenarai pendek daripada enam yang ada dalam perhatian Pengerusi Barisan Nasional (BN) Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.

Naib Presiden UMNO itu turut memperkenalkan calon-calon berkenaan ketika bersama penduduk sempena majlis bersama pemimpin setempat di Felda Sungai Kemahal baru-baru ini.



Wan Rosdy ketika dihubungi mengesahkan senarai pendek itu dan akan mengumumkan calon yang terpilih pada 20 September ini di Dewan Majlis Perbandaran Bentong.

Ia akan diumumkan sejurus selesai Majlis Pelancaran Jentera BN Dun Pelangai di Dataran Simpang Pelangai, Bentong.

Mohamad Zaini, 65, berkata, beliau menyerahkan segala keputusan kepada pucuk pimpinan parti dan akan memberi sepenuh sokongan kepada parti.

“Kita tunggu sahaja pengumuman calon yang akan diumumkan pada Rabu nanti. Apa-apa yang terjadi, kita bersedia dengan sebarang keputusan yang ditetapkan oleh parti,” katanya.



Anak kelahiran Raub itu menyertai UMNO sejak 1978 itu pernah menjawat jawatan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Pahang pada penggal 1998 hingga 2001.

Zaini memikul tanggungjawab sebagai Timbalan Ketua UMNO Bentong sejak dari tahun 1998 hingga kini.

Sementara itu, Jamaludin, 60 berkata, secara jujurnya beliau tiada dalam perancangan untuk menjadi calon kerana fokusnya untuk mencurahkan bakti untuk bahagian tersebut.

Beliau yang dilahirkan pada 24 Mei 1963 berpengalaman selama 35 tahun dalam dunia politik, menggalas tanggungjawab AJK UMNO Bahagian Bentong dan Ketua UMNO Cawangan Chamang.



Anak kelahiran Bentong itu yang juga merupakan bekas pemangku Pengarah Urusan TRIpic Berhad dan Ahli Majlis Perbandaran Bentong menzahirkan kesetiaan bersama UMNO.

“Jika tak terpilih pun, saya tetap bersama UMNO, dulu, kini dan selamanya,” katanya.

Manakala Armizar dan Fazlin juga dilihat ada potensi untuk menjadi calon kerana masing-masing mempunyai kelebihan selain merupakan anak jati Pelangai.

Siapa pun yang terpilih, mereka bakal menggalas tanggungjawab yang besar untuk membawa sejarah legasi di Pelangai yang pernah diwarnai oleh bekas Menteri Besar Pahang, Tan Sri Adnan Yaakob dan Allahyarham Datuk Seri Johari Harun.



PRK DUN Pelangai diadakan berikutan kematian Johari pada 17 Ogos lalu yang terkorban dalam nahas pesawat terhempas di Lebuhraya Guthrie berhampiran Bandar Elmina, Shah Alam.

Pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) lalu, Johari berjaya memenangi kerusi DUN Pelangai dengan majoriti 4,048 undi menewaskan calon Perikatan Nasional (PN), Kasim Samat.

Beliau memperoleh 7,308 undi berbanding 3,260 undi diterima lawannya itu manakala dua lagi calon iaitu Ahmed Wafiuddin Shamsuri daripada Pakatan Harapan (2,031) dan Isa Ahmad daripada Pejuang (65 undi). MG

PRK Pelangai: Zaini, Armizar, Jamaludin atau Fazlin?



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Intan Najuwa jadi ‘harimau’ lepas kahwin

Ira Kazar makin hari makin disayangi

Pramugari cekup pasangan beromen dalam tandas pesawat [VIDEO]

5 vokalis wanita lokal alaf milenium paling ‘digeruni’

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker