Sekolah tetap dibuka 3 Oktober – Radzi



Sekolah tetap dibuka 3 Oktober – Radzi

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Radzi Jidin mengesahkan sesi persekolahan secara bersemuka akan tetap dilaksanakan pada 3 Oktober ini.

Bagaimanapun, jelas beliau, sesi berkenaan tidak akan melibatkan negeri-negeri yang masih berada di dalam Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Untuk rekod, negeri-negeri yang masih berada dalam Fasa 1 PPN ialah Kedah, Selangor, Johor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Menurut Radzi, dakwaan sesetengah pihak yang menyifatkan pembukaan sesi persekolahan secara bersemuka terlalu lambat adalah tidak tepat.




Sebaliknya, tegas beliau, keputusan membuka sesi sekolah bermula 3 Oktober dibuat berdasarkan penelitian lanjut yang dibuat selain mengambil kira pertimbangan daripada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Radzi berkata, beberapa prosedur operasi standard (SOP) berkaitan sesi persekolahan juga akan diperketatkan.

Dalam masa sama, Radzi memaklumkan, beliau akan mengumumkan Pelan Komprehensif Pembukaan Semula Sekolah dalam masa terdekat.

“Saya ingin jelaskan bahawa bukan soal lambat (buka sekolah)… kita perlu penelitian, perlu ambil kira keadaan semasa. (Ini) berbeza apabila kita buka pada 24 Jun lalu, pada waktu itu kes tidak banyak, tapi vaksin tak ada, masyarakat kita tidak divaksinkan.

“Sekarang kes tinggi, tetapi kita lihat masyarakat telah divaksinkan dan perkara nilai ambang telah diambil kira dalam PPN. Kita gunakan PPN sebagai asas untuk bantu kita tetapkan pendekatan yang ingin kita gunakan apabila ingin buka sekolah kelak,” kata beliau.




Radzi berkata demikian dalam sidang media selepas menyertai sesi libat urus bersama pihak pengurusan sekolah, guru dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah-sekolah negeri Perlis di sini, pada Jumaat.

Tambah beliau, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) juga telah menjalankan sesi libat urus yang memasuki fasa akhir ketika ini dalam memastikan segala input-input penting dapat dimasukkan dalam Pelan Komprehensif Pembukaan Semula Sekolah.

Sebelum ini, menerusi satu kenyataan, Radzi memaklumkan bahawa sesi persekolahan secara bersemuka yang sepatutnya kembali dibuka 1 September lalu, ditangguhkan ke 3 Oktober.

Jelasnya, pembukaan sesi sekolah itu bagaimanapun akan dibuat secara berperingkat bermula dengan kelas peperiksaan.

Katanya, pembukaan sesi persekolahan itu dilewatkan selepas kementerian meneliti situasi perkembangan semasa membabitkan penularan Covid-19 di seluruh negara. Awani




Sekolah tetap dibuka 3 Oktober – Radzi


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Dr Sandra : Hang tak tau pikat isteri hang, mai i ajar



One thought on “Sekolah tetap dibuka 3 Oktober – Radzi

  • 3 Oktober bukan hari Ahad ke?

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published.