Kritik boleh tetapi usah keterlaluan – Asyraf

Kritik boleh tetapi usah keterlaluan – Asyraf

KUALA NERUS – Tindakan penggantungan keahlian dalam UMNO bukan semata-mata disebabkan kritikan lantang terhadap pemimpin parti, namun setelah mengambil kira pelbagai perkara termasuk melanggar tatasusila dan disiplin parti.

Ketua Pemudanya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, tindakan terbaharu parti itu menggantung keahlian seorang ahli UMNO melibatkan soal tatasusila serta disiplin yang termaktub dalam perlembagaan parti terbabit.

“Sebagai parti yang demokrasi, semua pihak boleh menyuarakan pandangan berbeza mahu pun mengkritik kepimpinan tertinggi termasuk Presiden.

“Berbeza pandangan dan mengkritik itu biasa, tetapi isunya ialah apabila kita melampaui batas dan perkara berkenaan disiasat oleh Lembaga Disiplin hingga diangkat ke Majlis Kerja Tertinggi (MKT),” katanya ketika ditemui pemberita selepas menyampaikan sumbangan loji rawatan air bergerak di Dataran Jeram Hulu di sini, pada Jumaat.

Hadir sama, Pengerusi UMNO Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said dan Ketua Puteri UMNO, Datuk Zahida Zarik Khan.

Dalam perkembangan sama, Asyraf Wajdi berkata, sebagai individu bertanggungjawab menjaga ahli di bawahnya, beliau telah berusaha untuk menasihati individu terbabit sebelum tindakan diambil.

“Sebagai abang sulung dalam Pemuda sudah tentu saya bertanggungjawab memberikan nasihat dan peringatan lebih-lebih lagi apabila menerima laporan daripada akar umbi berhubung tindakan yang dilakukan.

“Namun, apabila tindakan sudah diambil, kita sudah tidak boleh berbuat apa-apa kerana ia tertakluk di bawah Lembaga Disiplin yang merupakan badan bebas,” katanya.

Asyraf Wajdi bagaimanapun berkata, hak setiap ahli dalam parti masih terjamin dan individu terbabit masih boleh mengemukakan rayuan kepada Lembaga Disiplin.

“Dalam mana-mana persatuan atau parti politik, perkara begini biasa berlaku. Kita tunggu dan lihat apa jua keputusan dibuat selepas ini,” katanya.

Terdahulu, UMNO menggantung keahlian Exco Pemuda, Wan Muhammad Azri Wan Deris atau lebih dikenali sebagai Papagomo selama enam tahun berkuat kuasa 27 Ogos lalu selepas didapati melanggar Perlembagaan parti. Sinar

Kritik boleh tetapi usah keterlaluan – Asyraf


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Dr Sandra : Hang tak tau pikat isteri hang, mai i ajar

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker