Fotofit suspek samun gadis sehingga hilang tangan

Fotofit suspek samun gadis sehingga hilang tangan

Polis mula mengedarkan lakaran wajah suspek yang dipercayai terbabit dalam kes menyamun seorang gadis sehingga menyebabkan tangan kanannya terpaksa dipotong akhir bulan lalu.

Ketua Polis Daerah Sentul, Beh Eng Lai berkata, pihaknya giat mengesan dan mengenal pasti suspek dalam kes samun yang membabitkan Siti Nur Azizah Syafriadi,17, serta teman lelakinya.

Katanya, hasil siasatan mendapati suspek menunggang motosikal jenis Honda RS150 berwarna kelabu dan Yamaha LC yang warnanya tidak dapat dikenal pasti.

Pada 28 Ogos lalu, FMT melaporkan tangan kanan Nur Azizah terpaksa dipotong sehingga paras bahu kerana cedera parah dan mulai membiru.

Dalam kejadian 26 Ogos lalu, Nur Aziah dan teman lelakinya yang menaiki motosikal Y15ZR disamun tiga lelaki ketika dalam perjalanan pulang, selepas menghantar makanan kepada pelanggan kira-kira 12.10 tengah malam.

Suspek difahamkan menendang motosikal dinaiki mangsa sehingga menyebabkan mereka hilang kawalan dan terbabas ke pembahagi jalan di Jalan Kuching menghala pusat bandar itu.

Tangan kanan Siti Nur Azizah Syafriadi terpaksa dipotong sehingga paras bahu kerana cedera parah dan mulai membiru selepas disamun tiga suspek bulan lalu.
Nur Azizah cedera di bahu kanan, manakala teman lelakinya cedera di muka dan badan dipercayai dipukul suspek.

Gadis itu yang masih dirawat di Hospital Kuala Lumpur merupakan anak sulung daripada lima beradik.

Menurut abang saudara mangsa, selepas bapanya meninggal dunia, Nur Azizah yang tinggal di PPR Beringin Jinjang membantu menambah pendapatan keluarga dengan menjual dan membuat perkhidmatan menghantar makanan.

Siasatan awal mendapati suspek terdiri daripada tiga lelaki tempatan yang turut melarikan motosikal mangsa bernombor pendaftaran VFU 814.

Kes disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan dan orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu diminta menghubungi Bilik Gerakan IPD Sentul di talian 03-40482206. FMT

Fotofit suspek samun gadis sehingga hilang tangan


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Dr Sandra : Hang tak tau pikat isteri hang, mai i ajar

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker