Dr Sandra : Hang tak tau pikat isteri hang, mai i ajar

Dr Sandra : Hang tak tau pikat isteri hang, mai i ajar
Dr Sandra sering memuat naik video nasihat mengenai isu kesihatan di TikTok.

Seorang doktor muda mencuri perhatian netizen di aplikasi TikTok apabila membuat teguran secara lucu sambil memberi tips hubungan suami isteri di platform media sosial itu.

Dr Sandra Raman yang semakin dikenali ramai pengguna aplikasi itu memuat naik video terbaru beberapa hari lalu dengan membuat teguran ‘nakal’ mengenai hubungan intim suami isteri lebih-lebih lagi ketika Sekatan Pergerakan Penuh bermula 1 Jun lalu.

Sambil bercakap menggunakan loghat utara, dia sempat menceritakan mengenai perihal sesetengah pesakit lelakinya yang sering mengadu tidak dilayan isteri.



Gelagatnya begitu bersahaja ketika memberikan beberapa tips berguna kepada mereka untuk memenangi hati isteri sekali gus menghiburkan netizen.

“PKP sudah bermula, pesakit lelaki selalu datang kepada saya mengadu isteri tidak hiraukan mereka.

“Hang (kamu) tidak tahu nak pikat isteri hang. Meh (mari) I (saya) ajar, petang-petang, tayang pegang penyapu dengan menyapu rumah.

“Malam-malam pula, lipat baju, pagi-pagi jagalah anak sikit bagi isteri bekerja dari rumah,” katanya.

Sandra yang sering aktif dengan pelbagai video berunsur nasihat mengenai pelbagai isu kesihatan kini sudah mempunyai seramai 471,000 pengikut.



Video terbaru itu pula ditonton lebih 944,000 kali selain berjaya mendapat 78,500 tanda suka.

Dia juga sempat menyelitkan mesej supaya netizen bertindak bijak untuk merancang kehamilan sepanjang tempoh PKP ini.

Selain itu katanya, hati isteri mereka pasti ‘cair’ apabila melihat suami rajin membantu membuat kerja rumah termasuk tugas di dapur.

“Pi (pergi) dapur jangan pegang dia. Dia potong bawang, hang (kamu) potong bawang. Mulut zip jangan bercakap dengan dia. Telefon bimbit letak jauh jangan bermain permainan video, mesti isteri nak (mahu),” katanya.




Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU NET


Pegawai kanan tentera mengaku tak bersalah pikat isteri orang



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker