‘Baju kurung vaksin’ Husna laku keras di Twitter

Sebaran :


Dalam negara sedang sibuk menjalankan proses vaksinasi Covid-19 di Pusat-Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di seluruh negeri, ramai juga yang berkongsi pelbagai pengalaman menarik sewaktu menerima vaksin.

Ada juga yang menjadikan proses vaksinasi sebagai sesuatu yang menghiburkan dengan mengenakan kostum watak ‘superhero’ kesukaan mereka.

Apa saja yang dilakukan tajuk ‘vaksin’ semestinya menjadi perbualan hangat dewasa ini.



Terbaru, seorang wanita berkongsi rekaan baju kurung atau blaus ‘mesra vaksin’ di laman Twitter sehingga mencuri perhatian netizen.

Terdahulu, wanita dikenali sebagai @usnaku berkongsi beberapa keping gambar baju kurung yang dijahit untuk memudahkan ibunya mendapat suntikan vaksin.

Menerusi laman Twitternya, Nadhiratul Husna Abdul Haris atau Husna dari Butterworth, Pulau Pinang itu memberitahu dia baru sahaja selesai menjahit sepasang baju kurung untuk ibunya.


Baju kurung itu mempunyai zip pada bahagian bahu untuk memudahkan suntikan vaksin dilakukan.

“Walaupun kelihatan agak lawak tetapi ia berfungsi,” ciap wanita tersebut.

Ciapan terbabit telah mendapat lebih 21,000 tanda suka dan lebih 10,000 netizen membuat ciapan balas pada hantaran itu.

Rata-rata netizen suka dengan rekaan tersebut sehingga ada yang menyuruh wanita itu membuka tempahan kepada umum dan menyarankan dia membuat paten kepada rekaan baju kurung tersebut agar tidak ditiru oleh orang lain.

Husna ternyata terkejut apabila ciapannya bersama gambar baju rekaannya itu menjadi tular di Twitter.

Dikhabarkan wanita ini sudah mula mendapat tempahan pakaian vaksin daripada warga Twitter.

Floyd Mayweather belanja RM4j beli kereta untuk kawan-kawan


Sebaran :

Leave a Reply