Dakwaan minta suapan RM18 juta, 6 petugas bank direman 7 hari

 

SHAH ALAM: Enam petugas di sebuah bank direman tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berhubung dakwaan meminta dan menerima rasuah daripada pemohon pinjaman peribadi berjumlah RM18 juta antara 2018 hingga 2020.

Perintah reman itu dikeluarkan Majistret Raja Noor Adilla Raja Mahyaldin terhadap semua lelaki berusia 36 hingga 45 tahun selepas permohonan dibuat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Mahkamah Majistret.

Terdahulu, lelaki terbabit tiba di perkarangan mahkamah pada 10.55 pagi dengan diiringi pegawai SPRM.

Tiada ketegangan antara MB dan Sultan – Ahmad

Semalam, SPRM menahan semua individu itu yang bertugas di beberapa cawangan bank tersebut di sekitar Lembah Klang

Menurut sumber SPRM, mereka dipercayai meminta dan menerima wang suapan antara 15 hingga 35% daripada 110 pinjaman pembiayaan peribadi bernilai lebih kurang RM18 juta.

SPRM turut merampas wang tunai kira-kira RM69,000 dan beberapa utas jam tangan mewah serta telefon bimbit daripada individu itu dengan nilai keseluruhan sitaan berjumlah lebih RM100,000 di kediaman mereka di sekitar Selangor dan Putrajaya.

 

Muhyiddin tiba menghadap Agong sebelum Anwar

Dakwaan minta suapan RM18 juta, 6 petugas bank direman 7 hari


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU NET


Pelakon Berbogel Tunjuk Tanda Protes Di Majlis ‘Oscar Perancis’

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker