Pelakon Berbogel Tunjuk Tanda Protes Di Majlis ‘Oscar Perancis’

PARIS – Seorang aktres sanggup berbogel di pentas pada majlis Anugerah Filem  Cesar di Perancis sebagai protes menuntut kerajaan negara itu  lebih aktif dalam menyokong aktiviti kebudayaan semasa musim pandemik Covid-19, lapor portal berita BBC hari ini.

Corinne Masiero, 57, memakai gaun ‘berdarah’ bersama  kostum keldai sebelum melucutkan pakaiannya  dalam acara setaraf anugerah  Oscar itu.

Masiero diundang ke majlis yang mengamalkan penjarakan sosial itu semalam  untuk menyampaikan anugerah kostum terbaik namun dia mengejutkan hadirin dengan tindakannya.

Bahagian belakang badannya yang terdedah tertera tulisan bermaksud ‘Tiada budaya, tiada masa depan’.

Dia turut menulis slogan lain di pinggulnya yang ditujukan kepada Perdana Menteri Perancis, Jean Castex berbunyi: ‘Pulangkan semula seni  Jean’

Pelakon dan pengarah lain turut menyuarakan tuntutan serupa semasa acara berprestij itu berlangsung.

Dalam pada itu, panggung wayang di Perancis telah ditutup selama tiga bulan berikutan pandemik koronavirus. – Agensi

Anak Taikun Ditemui Mati Berbogel, Nekad Terjun Bangunan Bersama Bayi Dalam Pelukan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker