[VIDEO] “Dengan Mesin Pun Nak Gaduh” – Gaya Amy Search Cakap Bahasa Cina Undang Gelak Besar Netizen

Kalau kita yang tak pandai berbahasa Cina ni mungkin akan bingung apabila mendengar atau membaca arahan yang diberikan dalam bahasa tersebut. Memang kena panggil translator untuk terjemahkan. Tapi lain pula gelagat Amy Search atau nama sebenarnya Suhaimi Abdul Rahman, apabila ‘membalas’ arahan sebuah mesin dengan bahasa Cina.

Melalui perkongsian video di Instagram milik anaknya, Nabila Huda, memperlihatkan sebuah mesin dipercayai Air Fryer seperti sedang memberi arahan kepada Amy dalam bahasa Mandarin. Amy bagaimanapun tidak berdiam diri dan terus membalas dengan gaya percakapan seperti bahasa Cina dalam suara yang sedikit sengau. Memang lucu habis melihat gelagat penyanyi rock terkemuka tanah air itu bergurau.

VIDEO DIBAWAH:-

[KGVID]https://videos.files.wordpress.com/xeHQ0CVa/dengan-mesin-pun-nak-gaduh-e28093-gaya-amy-search-cakap-bahasa-cina-bikin-netizen-pecah-perut_mp4_hd.mp4[/KGVID]

Dalam pada itu, Nabila yang juga merupakan seorang pelakon menyatakan video tersebut telah membuatkan rindunya kepada ayahnya itu sedikit terubat. Bukan setakat Nabila, netizen yang menonton video tersebut turut terhibur melihat gelagat ayahnya.

“Macam orang sengaulah pula. Sudahlah tak berbaju macam seorang apeklah,” komen salah seorang netizen di situ.

Selain itu, ada juga yang mengatakan bahawa gaya Amy sama seperti Nabila. Mungkin lawak jenaka yang dilakukan Nabila sebelum-sebelum ini diwarisi daripada ayahnya. Memang kelakar sebenarnya dua beranak ni. Walaupun percakapan bahasa Cina dari Amy itu tiada makna, namun ianya hanyalah sekadar gurauan.-Kool.fm

Sumber daripada: Instagram

Awie, Search bakal gegar Stadium Melawati

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker