Resepi Sambal Tumis Ikan Cencaru pedas

Resepi Sambal Tumis Ikan Cencaru pedas
Resepi Sambal Tumis Ikan Cencaru

Masa Penyediaan: 15 minit,
Masa Memasak:15 minit,
Jumlah Hidangan:4 orang

Sambal Tumis Ikan Cencaru, menu yang mudah disediakan dan sangat sedap jika dimakan bersama nasi putih.

Kita belah belakang ikan cencaru kerana isi ikannya tebal dan supaya ikan menjadi garing dan menyerap sambal di bahagian belahan nya.



Sos ikan memang sangat sesuai dimasukkan ke dalam sambal tumis untuk sebarang jenis ikan, rasanya kuah sambal tumisnya bila digaul bersama ikan goreng memang cukup membuka selera. Cubalah 🙂

Bahan-Bahan:

  • 3 ekor ikan cencaru, belah belakang dan potong dua jika ikan besar
  • sedikit garam, untuk goreng ikan
  • sedikit kunyit, untuk goreng ikan
  • 1/2 mangkuk kecil minyak, untuk menumis
  • 1/2 mangkuk kecil air asam jawa
  • 1 sudu besar sos ikan Thai
  • Dan 1 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar gula
  • garam secukup rasa
  • 1 biji bawang besar, hiris nipis membulat
  • Bahan-bahan untuk kisar halus:
  • 5 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 biji bawang besar
  • 10-15 biji cili kering, yg sudah buang biji dan rebus

Cara Penyediaan:

  1. Bersihkan ikan. Gaul dengan garam dan kunyit.
  2. Goreng sehingga masak dan garing. Angkat dan ketepikan.
  3. Dalam kuali berasingan, panaskan minyak.
  4. Tumis bahan kisar halus sehingga pecah minyak dan warna sambal berukar menjadi merah gelap sedikit. bila dah kering tambah air sedikit. Ulang tambah air dan masak kering sehingga 3-4 kali.
  5. Masukkan air asam jawa, sos ikan Thai, sos tiram dan gula.
  6. Masukkan ikan cencaru yang digoreng tadi. Gaul sekata.
  7. Masukkan hirisan bawang besar, dan sedikit garam jika perlu.

Tips:

  1. Jangan banyak sangat masukkan garam kerana ikan cencaru yang digoreng sudah sedikit masin rasanya.
  2. Tambah air banyak kali semasa masak sambal supaya sambal masak sempurna dan sedap.
  3. Nak pedas lagi, tambah cili

Resepi Che Nom

Resepi Sambal Tumis Ikan Cencaru pedas


Baca Artikel Menarik

Layari Laman Facebook MYKMU NET


Resepi Nasi Daging Berempah Kurma



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker