Program Hiburan Kumpul 50 Orang Boleh? Menteri Tolong Jawab Pertanyaan Saya

Program Hiburan Kumpul 50 Orang Boleh? Menteri Tolong Jawab Pertanyaan Saya

Program Hiburan Kumpul 50 Orang Boleh? Menteri Tolong Jawab Pertanyaan Saya

SHAH ALAM – Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman meminta Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memberi penjelasan mengenai kebenaran operasi program hiburan yang mengumpulkan lebih 50 individu pada satu masa ketika tempoh perintah kawalan pergerakan 3.0 (PKP 3.0).

Kebenaran program hiburan itu katanya, menimbulkan persoalan kerana Dewan Rakyat ketika ini masih tidak dibenarkan untuk dibuka meskipun kesemua Ahli Parlimen telah divaksin.



“Salam Menteri Ismail Sabri, kenapa Parlimen di mana semua wakil rakyat dah divaksin dan wajib pakai pelitup muka serta ada cermin pemisah di setiap meja dipaksa tutup?

“Tapi hiburan yang menghimpunkan 50 orang tanpa pelitup muka dan ada yang belum divaksin boleh dijalankan?

“Saya dibayar duit rakyat. Jawab pertanyaan saya,” soalnya menerusi hantaran di Facebooknya pada Selasa.

Perpaduan kerajaan PN terancam kerana wabak makin teruk



Beliau turut berkongsi video program hiburan oleh sebuah stesen televisyen swasta yang melibatkan ramai selebriti tempatan tanpa memakai pelitup muka.

Mengulas lanjut menerusi komen, Syed Saddiq berkata, pelaksanaan aktiviti hiburan sedemikian membuktikan bahawa Parlimen boleh diadakan dan dibuka pada bila-bila masa sahaja namun keputusan itu terletak di tangan kerajaan.

“Macam-macam prosedur operasi standard (SOP) kesihatan dan keselamatan boleh buat. Nak ujian calitan seminggu sekali dekat semua Ahli Parlimen pun boleh.



“Tinggal nak kerajaan Perikatan Nasional (PN) sedar sahaja bahawa negara ini ada Parlimen dan ada demokrasi,” katanya.

Seorang pengguna Facebook, Speedy Gonzales turut mempersoalkan perbezaan antara SOP aktiviti hiburan dan keagamaan.

“Dah kalau hiburan boleh 50 orang, kenapa masjid kena 12 org sahaja, walhal solat tiang agama,” ujarnya.

Presiden PAS gering tetapi stabil



Program Hiburan Kumpul 50 Orang Boleh? Menteri Tolong Jawab Pertanyaan Saya


Baca Artikel Menarik

Layari Laman Facebook MYKMU NET


Moratorium Automatik: NGO Melayu Islam desak kerajaan paksa bank



 

Related Articles

One Comment

  1. PAS harus berani bersuara mengenai isu ini sebab melibatkan tiang agama menurut cuci cicit sadiq sigaraga
    menteri UMNO tu cuma ikut arahan polisi parti cap bunga
    apakah PAS berani menegur?

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker