Resepi tauhu sumbat ikan dan sos cili delima

Sebaran :

Resepi tauhu sumbat ikan dan sos cili delima
Resepi tauhu sumbat ikan dan sos cili delima, simple tapi sedap

Bosan asyik menu yang sama setiap hari? Jom cuba resepi tauhu sumbat ikan dan sos cili delima ini. Rasanya unik dan sedap. Cara penyediaan pun mudah.

BAHAN-BAHAN:

4 keping tauhu goreng
1 tin tuna mayonis di dalam tin
½ batang lobak merah disagat kasar
½ batang timun jepun dihiris memanjang
Sedikit kacang walnut
1 cawan sos cili
Sedikit kacang goreng
Buah delima



CARA MENYEDIAKAN:

1.Lubangkan sedikit tauhu untuk disumbat.

2.Kemudian masukkan ikan tuna mayonis, lobak merah, timun dan kacang walnut.

3.Untuk sos, campurkan sos cili, kacang dan isi buah delima. Sedia untuk dihidangkan.


Resepi oleh Imelda Maya Harris

Resepi tauhu sumbat ikan dan sos cili delima


Baca Artikel Menarik

Layari Laman Facebook MYKMU NET


Resepi Mee Goreng Mamak Ori


Sebaran :

Leave a Reply