Resepi Mee Goreng Mamak Ori



Sebaran :

Resepi Mee Goreng Mamak Ori
Resepi Mee Goreng Mamak Ori

Pasti ramai yang pernah makan mee goreng mamak bila ke kedai mamak. Nak masak dia senang saja cuma kena ada usaha jer.

Jom try buat kat rumah bagi family makan dengan resepi ni.



BAHAN-BAHAN:

  • 2 kg mee kuning
  • 3 biji bawang putih
  • 4 biji bawang merah
  • 4 batang sawi (dipotong)
  • 1 mangkuk kecil taugeh
  • 1 biji tauhu keras (digoreng dan dipotong kecil)
  • 2 biji telur
  • 1 biji tomato (dipotong kecil)
  • 60 gm isi udang dan isi ayam
  • 1 cawan cili boh
  • 2 sudu sos tomato
  • 1 sudu kicap pekat
  • 1 sudu kicap cair
  • Sedikit minyak untuk menumis Bahan untuk hiasan:

HIASAN:

  • Cili merah (dihiris)
  • Daun bawang (dihiris)
  • Bawang goreng
  • Limau kasturi

CARA MEMASAK:

  1. Buatkan dahulu sambal untuk menumis mee dengan menumis sedikit bawang dengan cili boh sehingga masak. Campurkan sedikit gula dan asingkan.
  2. Panaskan kuali dan tumiskan bawang selebihnya sehingga naik baunya.
  3. Kemudian masukkan isi udang atau isi ayam dan kacau sehingga masak.
  4. Masukkan sawi, tauhu dan tomato. kacau seketika . Kemudian masukkan mee, taugeh, tomato sos, kicap dan sambal tadi.
  5. Kacau sehingga 3 3/4 masak. Akhir sekali tolakkan sedikit mee ke tepi dan letakkan sedikit minyak.
  6. Kemudian pecahkan telur, ratakan sedikit. Apabila telur sudah sedikit masak, gaulkan kembali dengan mee, kacau seketika.

Resepi Mee Goreng Mamak Ori


Baca Artikel Menarik

Layari Laman Facebook MYKMU NET


Resepi Ayam Goreng Kunyit Sempoi


Sebaran :


Leave a Reply