Kluster terbesar di Hulu Terengganu berpunca dari rentas negeri, ziarah raya

Kluster terbesar di Hulu Terengganu berpunca dari rentas negeri, ziarah raya

Kluster Matang yang merupakan kluster terbesar di daerah Hulu Terengganu berpunca daripada aktiviti rentas negeri dan ziarah raya pada Aidilfitri lalu.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu Dr Nor Azimi Yunus berkata, setakat ini sebanyak 127 kes positif dikesan daripada kluster ini yang telah merebak hingga ke generasi kelima.

“Kluster Kampung Matang telah merebak ke tiga buah Kampung iaitu Felcra Bukit Kepah, Kampung Tengkawang dan Kampung Pulau Kudat dan ia masih aktif.

“Kontak rapat sahaja seramai 725 orang. Tidak termasuk saringan bersasar yang melibatkan beberapa buah kampung. Masih ada 975 sampel sedang menunggu keputusan,” katanya dalam hantaran Facebook.

Dr Nor Azimi berkata, siasatan pihaknya juga mendapati terdapat aktiviti ziarah raya dan kunjung mengunjung melibatkan keluarga besar akan menjadi penyumbang kepada pengwujudan kluster

“Bayangkan 19 dikesan positif dari hanya dua buah keluarga.

“Habis raya yang bekerja masuk kerja. Tanpa sedar menjangkiti rakan sekerja pula. Lebih risau sudah ada jemaah masjid dijangkiti. Akhirnya jangkitan bersambung-sambung,” katanya.

Dr Nor Azimi berharap kisah penularan Covid-19 yang dikongsikannya dapat dijadikan iktibar oleh masyarakat agar mematuhi prosedur operasi standard (SOP).

“Jika keadaan begini berterusan dan kluster baru tumbuh bagai cendawan bila masa kita boleh kawal semua kluster tu serentak?

“Jika keadaan begini berterusan mampu ke kita landaikan lekuk epid dalam masa dua minggu ini.

“Kawalan kendiri sangat penting. Jika kita kekal duduk rumah kecuali ada urusan penting maka kita tidak akan dijangkiti atau menjangkiti orang lain. InsyaAllah. Pencegahan itu lebih baik daripada merawat,” katanya.

Anwar: PKR tak boleh ‘terlalu keras’ tolak segala bentuk kerjasama politik

Kluster terbesar di Hulu Terengganu berpunca dari rentas negeri, ziarah raya


Baca Artikel Menarik

Layari Laman Facebook MYKMU NET


 

AMK beri 5 Dalil Kenapa Perlu Tolak Mahathir

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker