Apa keperluan Sabah belanja RM15 juta beli 10,000 komputer riba, soal Rahman Dahlan

Apa keperluan Sabah belanja RM15 juta beli 10,000 komputer riba, soal Rahman Dahlan

Apa keperluan Sabah belanja RM15 juta beli 10,000 komputer riba, soal Rahman Dahlan

Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno, Abdul Rahman Dahlan mempersoalkan langkah Sabah mahu memberi 10,000 komputer riba dengan kos RM15 juta kepada pelajar di negeri itu sedangkan Putrajaya telah berjanji akan membekalkan 150,000 kemudahan itu untuk diagihkan.

Katanya, lebih baik kos RM15 juta itu dibelanjakan bagi membantu peniaga kecil dan penduduk kampung yang terkesan susulan pelaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP) 3.0.



“Persoalannya apa keperluan kerajaan negeri membeli 10,000 komputer dengan kos RM15 juta sedangkan kerajaan pusat akan membekalkan 150,000 buah kepada pelajar di seluruh negara termasuk di Sabah?” katanya dalam kenyataan.

Rahman berkata, Menteri Kanan Pendidikan, Radzi Jidin pada Ahad telah mengumumkan sebanyak 12,887 komputer telah pun diedarkan kepada pelajar di seluruh negara dan sejumlah 40,290 buah lagi akan diedarkan selewat-lewatnya 12 Jun ini.

“Baki 96,823 buah komputer itu akan diedarkan pada September 2021. Takkan kerajaan negeri Sabah tidak boleh tunggu sebulan kerana komputer kerajaan pusat akan diagihkan pada September,” katanya.

Sebelum ini, Ketua Menteri Sabah, Hajiji Noor berkata kerajaan negeri memperuntukkan RM15 juta bagi pemberian komputer riba kepada pelajar kurang berkemampuan yang mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) tahun ini.



Beliau berkata, bantuan menerusi Fasa 1 program Bantuan Ihsan Komputer (BAIK) itu akan dimulakan pada 19 Julai hingga 18 Oktober ini melibatkan pemberian 10,000 komputer riba. FMT

Apa keperluan Sabah belanja RM15 juta beli 10,000 komputer riba, soal Rahman Dahlan


Baca Artikel Menarik

Layari Laman Facebook MYKMU NET


Idea Pandang Ke Borneo, Pemikiran Jauh Diluar Kotak – Abdul Rahman Dahlan



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker