Gara Gara Trend Tik Remaja Terperangkap Dalam Buaian Bayi

LONDON – Jabatan Bomba Britain mengecam trend TikTok yang mendorong remaja mencuba permainan buaian bayi di taman-taman permainan sehingga menyebabkan mereka terperangkap dalam buaian tersebut, lapor akhbar The Sun hari ini.

Susulan trend tersebut, pihak bomba banyak menerima panggilan kecemasan melaporkan insiden remaja tersekat dalam buaian di taman permainan sehingga memaksa buaian itu dipotong.

Data platform Kebebasan Maklumat di Britain mendapati bahawa pada tahun lepas, terdapat sekurang-kurangnya 777 panggilan diterima melibatkan aduan berkaitan insiden tersepit pada sesuatu.

Menurut sumber, trend TikTok tersebut menyumbang sebahagian besar kepada panggilan kecemasan itu.

“Kami ada banyak lagi perkara lebih penting yang perlu dilakukan selain daripada memotong buaian untuk mengeluarkan remaja tersekat yang pada mereka adalah satu jenaka.

“Ketika kami mengeluarkan mereka (daripada terperangkap), kebakaran sebuah rumah mungkin boleh membunuh orang lain.

“Situasi ini amat menjengkelkan. Video-video di TikTok perlu dipersalahkan di atas semua kegilaan ini,” kata seorang anggota bomba.

Perkhidmatan Bomba dan Penyelamat Scotland adalah yang paling banyak menerima panggilan kecemasan berkaitan insiden seumpama itu, iaitu mencecah 98 panggilan berbanding 48 panggilan pada tahun lepas.

Ini diikuti Jabatan Bomba London yang mencatatkan sebanyak 52 panggilan kecemasan seumpamanya, meningkat daripada 32 panggilan pada tahun lepas. – AGENSI

[VIDEO] Suara Kelaut – Budak Tiktoker Jadi Penyanyi Dikecam. Nak Jadi Macam Mira Filzah

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker