Pegawai kanan tentera mengaku tak bersalah pikat isteri orang

Seorang pegawai kanan tentera mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas pertuduhan memikat seorang wanita yang merupakan isteri orang, empat tahun lepas.

Azmi Ali, 45, sebelum ini mengaku bersalah atas pertuduhan itu bagaimanapun menukar pengakuan selepas pertuduhan ke atasnya dibacakan semula di hadapan Majistret Zhafran Rahim Hamzah.

Kes itu ditetapkan untuk prosiding jatuh hukum hari ini selepas tertuduh mengaku bersalah pada 22 Sept lepas.

Mengikut pertuduhan, penjawat awam itu didakwa dengan niat jenayah memikat seorang wanita berusia 44 tahun yang telah bersuami sehingga melakukan persetubuhan di sebuah rumah di Bandar Putra Permai, Seri Kembangan, di sini, awal tahun 2016.
Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 498 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.



Mahkamah membenarkan bapa dua anak itu diikat jamin RM3,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 2 Nov untuk sebutan semula kes.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Siti Zubaidah Mahat manakala tertuduh diwakili peguam Azman Zakaria. MG

https://mykmu.net/2018/01/27/apakah-mahathir-punca-mukhriz-malu-mengaku-dari-malaysia/



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker