Cara pemimpin Armada buatkan UMNO-Bersatu tak kekal lama – Zahida

Share

Puteri UMNO sealiran dengan Pergerakan Pemuda parti itu yang tidak senang terhadap kenyataan, Ketua Angkatan Bersatu Muda (Armada), Wan Ahmad Fayhsal Wan Kamal.

Ketuanya, Datuk Zahida Zarik Khan menyifatkan, kenyataan yang dikeluarkan oleh Wan Ahmad Fayhsal berhubung kemenangan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) pada Pilihan Raya Negeri Sabah di laman sosialnya semalam sebagai terlalu angkuh dan sombong.

Malah katanya, sikap yang ditunjukkan oleh Timbalan Menteri Belia dan Sukan itu seolah-olah mahu menunjukkan bahawa hubungan antara kedua-dua parti tidak akan kekal lama.

“Kenyataan yang angkuh dan sombong. Lupakah pada keputusan PRK Semenyih dan Tanjung Piai?

“Kalau inilah cara pemimpin Armada, nampaknya hubungan kita seperti tak lama,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Zahida turut menyertakan tangkap layar kenyataan yang ditulis oleh Wan Ahmad Fayhsal bersama postingnya itu.

Wan Ahmad Fayhsal semalam mengataan bahawa dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah, Bersatu tidak bertanding sendirian bahkan secara kolektif dalam Perikatan Nasional (PN).

Malah katanya, PN terbukti mempunyai kekuatan tersendiri biar pun baru setahun jagung, sambil memetik dapatan Merdeka Centre menunjukkan PN kalau kena gaya tidak bertembung tiga penjuru akan mampu menawan dua pertiga Dewan Rakyat.

Wan Ahmad Fahsyal juga berkata, rakyat lebih menyayangi PN daripada parti lain kerana tidak dibayangi dengan skandal dan masalah kronik sehingga rakyat sukar percaya.

Beliau turut memberitahu, mahu memperkukuhkan kerjasama dengan Pas untuk berdepan dengan Pilihan Raya Umum ke-15 akan datang. MG

Ketua ARMADA, Wan Fayhsal pertahan janji keluarkan surat sokongan

Leave a Reply