Dipaksa rogol kucing, kanak-kanak lelaki kemurungan hingga meninggal dunia

Dipaksa rogol kucing, kanak-kanak lelaki kemurungan hingga meninggal dunia

Seorang kanak-kanak lelaki di Jawa Barat dipercayai meninggal dunia akibat tekanan perasaan selepas dipaksa melakukan hubungan seks dengan seekor kucing oleh sekumpulan pembuli, lapor laman Coconut News.

Polis di Tasikmalaya sedang menyiasat kematian kanak-kanak berusia 11 tahun tersebut yang dilaporkan meninggal dunia pada Ahad lepas kerana enggan makan dan minum.



Dia menjadi tertekan dan enggan makan selepas pembulinya memaksa dia melakukan hubungan seks dengan seekor kucing, merakam kejadian itu dan menyiarkan video itu di media sosial.

Pihak berkuasa percaya budak lelaki itu memendam perasaan dan tidak memberitahu ibu bapanya tentang kejadian itu.

“Sebelum budak lelaki itu meninggal dunia, dia menjadi mangsa keganasan dan buli oleh rakan-rakannya, sehingga mereka menyuruhnya melakukan hubungan seksual dengan haiwan.

“Kami masih meneliti sama ada kanak-kanak itu mempunyai penyakit lain atau jika dia mati semata-mata kerana enggan makan akibat kemurungan,” kata Pengurus Program Institusi Perlindungan Kanak-Kanak Jawa Barat, Diana Wati. K Online



Dipaksa rogol kucing, kanak-kanak lelaki kemurungan hingga meninggal dunia


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Siakap kayangan RM90 seekor, pemilik restoran dikenakan kompaun



Pengerusi tahfiz dikecam buat kenyataan bercanggah terhadap mangsa rogol bawah umur

MasyaAllah saya langsung tidak ingat apa-apa – Aprena Manrose



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker