Dr Asyraf Beri Harapan Baharu Buat Iyad, Bantu Gapai Impian

Dr Asyraf Beri Harapan Baharu Buat Iyad, Bantu Gapai Impian

KUALA LUMPUR, 18 Ogos – Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki meneruskan keprihatinan apabila tampil membantu seorang pelajar, Muhamad Iyad Addian, yang berdepan kekangan kewangan untuk meneruskan pengajian di Kolej Poly-Tech MARA (KPTM) Bangi.

Beliau yang juga Setiausaha Agung UMNO berkata kisah Iyad, 19, yang berasal dari Pasir Mas, Kelantan itu diterimanya sebelum beliau sendiri memanggil pelajar berkenaan untuk bertemu.

“Seawal usia 16 tahun, adik Iyad kehilangan ibu pada Januari 2021 akibat komplikasi kencing manis dan masalah buah pinggang. Enam bulan kemudian, ayahnya pula meninggal dunia akibat penyakit kencing manis.

“Selepas tamat SPM pada 2022, adik Iyad terpaksa menangguhkan pengajian kerana kekangan kewangan. Selama hampir dua tahun, dia bekerja di kedai makan dan mengumpul duit sedikit demi sedikit sehingga akhirnya mampu menyambung pengajian dalam bidang Sports Management di KPTM Bangi,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook.

Dr Asyraf berkata, beliau amat kagum dengan semangat dan ketabahan Iyad yang tetap berusaha meneruskan pengajian meskipun kehilangan kedua-dua ibu bapanya pada usia muda.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

BN Tenggara Terus Perkukuh Kerjasama


Katanya, Iyad turut bekerja sambilan di kedai makan sekitar Bangi bagi menampung kehidupan harian termasuk kos makan dan minum.

“Disebabkan syarat dasar semasa keputusan SPM, adik Iyad belum layak menerima pinjaman MARA dan kini perlu menjelaskan yuran bagi membolehkannya menduduki peperiksaan akhir Semester 1.

“Insya-Allah, saya terus menghubungi CEO KPTM untuk beri pelepasan yuran untuk adik ini menduduki ujian. InsyaAllah jika keputusannya baik, MARA akan memberikan pembiayaan penuh sehingga dia tamat belajar.

“Semangat yang luar biasa adik Iyad ini amat menyentuh hati saya. Saya tawarkan untuk mengambil Adik Iyad ini sebagai anak angkat saya dan akan membantunya sehingga tamat pengajian,” ujar beliau. – UMNO Online


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Ahmad Zahid Bawa Keutamaan Desa Ke Belanjawan 2027

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker