LKPP Terus Perkukuh Perancangan, Langkah Strategik

KUALA LUMPUR, 18 Ogos – LKPP Corporation Sdn Bhd akan terus memperkukuh perancangan dan langkah strategik untuk memastikan ia dapat diterjemahkan kepada hasil yang memberi nilai kepada rakyat.
Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail menerusi hantaran di laman Facebooknya memaklumkan beliau telah mempengerusikan Mesyuarat Khas Ahli Lembaga Pengarah LKPP Corporation Sdn Bhd pada Isnin.
“Selesai mempengerusikan Mesyuarat Khas Ahli Lembaga Pengarah LKPP Corporation Sdn Bhd petang tadi.
“Insya-Allah, LKPP akan terus memperkukuh perancangan dan langkah strategik yang sedang dilaksanakan, khususnya dalam memastikan setiap potensi dapat diterjemahkan kepada hasil yang memberi nilai kepada organisasi, rakyat dan negeri.
“Saya kemudiannya, bersama-sama Datuk Seri Kamaruddin Mohammed, mempengerusikan Mesyuarat Jemaah Pengarah Far East Delima Plantations Sdn Bhd, diikuti Mesyuarat Jemaah Pengarah F.E Rangkaian,” katanya.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Dr Asyraf Serah LOD, Saman Fitnah RM5 Juta
- KUGGp Dikaji Untuk Diperluas Ke Tuaran, Rakyat Terus Jadi Keutamaan
Beliau yang juga Naib Presiden UMNO berharap agar segala usaha dan perancangan dapat diteruskan dengan baik serta memberi manfaat kepada rakyat di Negeri Pahang.

“Setiap mesyuarat membawa agenda dan fokus tersendiri, namun menjadi keutamaan adalah memastikan setiap perancangan yang dipersetujui mempunyai hala tuju jelas serta dapat dilaksanakan dengan berkesan.
“Tumpuan bukan sekadar kepada keputusan dibuat, tetapi juga kepada pelaksanaan dan hasil perlu dicapai bagi membina organisasi yang lebih kukuh, berdaya maju serta mampu memberi sumbangan lebih besar kepada pembangunan Negeri Pahang.
“Semoga segala usaha juga perancangan yang digerakkan hari ini dapat diteruskan dengan baik dan akhirnya memberi manfaat yang berpanjangan kepada rakyat serta negeri Pahang Darul Makmur,” katanya lagi. – UMNO Online
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- UMNO Sabah Perkukuh Kerjasama Demi Kepentingan Bumiputera
- Pendidikan Tahfiz, Pemasaran Pertanian Terus Diperkukuh Di Pasir Salak – Khairul Azwan
- BN Tenggara Terus Perkukuh Kerjasama
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.