UMNO Sabah Perkukuh Kerjasama Demi Kepentingan Bumiputera

UMNO Sabah Perkukuh Kerjasama Demi Kepentingan Bumiputera

KOTA KINABALU, 18 Ogos — Timbalan Ketua UMNO Sabah, Datuk Mohd Hasnol Ayub yang mewakili Dewan Perniagaan Bumiputera Sabah, mengadakan pertemuan bersama Datuk Ewon Benedick, Timbalan Ketua Menteri III Sabah merangkap Menteri Perindustrian, Keusahawanan dan Pengangkutan Sabah (MINDET), serta Ahli Parlimen P.174 Penampang.

Mohd Hasnol yang juga Ahli Mahlis Tertinggi UMNO berkata, pertemuan tersebut membincangkan isu, cabaran dan keperluan yang dihadapi peniaga-peniaga di Negeri Sabah, termasuk usaha memperkukuh peluang perniagaan, sokongan kepada usahawan serta mewujudkan persekitaran perniagaan yang lebih kondusif.

“Pertemuan ini membincangkan isu, cabaran dan keperluan peniaga-peniaga di Negeri Sabah, termasuk usaha memperkukuh peluang perniagaan, sokongan kepada usahawan serta mewujudkan persekitaran perniagaan yang lebih kondusif,” katanya.

Beliau berkata perbincangan berkenaan diharap dapat membuka ruang kepada kerjasama yang lebih erat antara kerajaan dan komuniti perniagaan demi memperkasakan usahawan serta ekonomi Sabah.

“Semoga perbincangan ini dapat membuka ruang kepada kerjasama yang lebih erat antara kerajaan dan komuniti perniagaan demi memperkasakan usahawan serta ekonomi Sabah,” katanya.

Pertemuan itu mencerminkan usaha berterusan untuk memperkukuh hubungan antara kerajaan dan komuniti perniagaan dalam menangani isu serta keperluan para peniaga di Sabah. – UMNO Online


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Pendidikan Tahfiz, Pemasaran Pertanian Terus Diperkukuh Di Pasir Salak – Khairul Azwan

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker