Ahmad Zahid Bawa Keutamaan Desa Ke Belanjawan 2027

Ahmad Zahid Bawa Keutamaan Desa Ke Belanjawan 2027

KUALA LUMPUR, 18 Ogos – Keutamaan pembangunan desa akan terus diberi perhatian dalam Belanjawan 2027 menerusi pendekatan libat urus dan penyelarasan strategik antara Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) bersama pasukan Belanjawan 2027.

Timbalan Perdana Menteri merangkap menteri KKDW, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, penglibatan pihak berkepentingan atau ‘stakeholders engagement’ amat penting bagi memastikan setiap perancangan kerajaan mengambil kira keperluan sebenar rakyat.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan pertemuan antara pasukan KKDW dan pasukan Belanjawan 2027 yang diketuai Menteri Kewangan II, Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, semalam.

Menurut Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO, pertemuan itu memberi ruang kepada KKDW untuk menyatakan hasrat serta mengemukakan inisiatif utama yang perlu diberikan keutamaan bagi meneruskan agenda pembangunan desa.

“Saya selalu sebutkan bahawa ‘stakeholders engagement’ sangat penting bagi memastikan setiap perancangan yang dibuat dapat mengambil kira keperluan sebenar, sekali gus mencapai keputusan yang memberikan manfaat terbaik kepada rakyat,” katanya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

BN Tenggara Terus Perkukuh Kerjasama


Beliau yakin perbincangan dan penyelarasan yang baik antara semua pihak akan memastikan aspirasi serta keperluan masyarakat desa terus mendapat perhatian dalam Belanjawan 2027.

Katanya, kerajaan akan terus berusaha mengangkat potensi desa serta memastikan peluang kemajuan dapat dirasai rakyat di seluruh pelosok negara.

“Insya-Allah, kita akan terus mengangkat potensi desa dan memastikan setiap peluang kemajuan dapat dirasai rakyat di seluruh pelosok negara,” katanya lagi. – UMNO Online


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Pendidikan Tahfiz, Pemasaran Pertanian Terus Diperkukuh Di Pasir Salak – Khairul Azwan

 

 

 

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker