RCI TH Wajib Berasaskan Amanah, Hentikan Fitnah Dan Politik Persepsi – Majlis Ulama UMNO

KUALA LUMPUR, 18 Ogos – Majlis Ulama UMNO menegaskan isu Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berkaitan Tabung Haji wajib ditangani berasaskan prinsip amanah, tabayyun dan keadilan.
Pengerusinya, Datuk Dusuki Ahmad berkata, Tabung Haji bukan sekadar institusi kewangan, tetapi amanah besar umat Islam yang berkait dengan simpanan pendeposit, ibadah haji dan keyakinan masyarakat terhadap institusi Islam negara.
“Majlis Ulama UMNO menolak budaya fitnah, tuduhan melulu dan hukuman media dalam membicarakan isu Tabung Haji.”
Beliau berkata label seperti “sakau”, “rompak” dan “pengkhianat” tidak wajar dilemparkan secara sewenang-wenangnya sebelum dibuktikan melalui proses undang-undang yang sah.
“Islam menuntut umatnya melakukan tabayyun, bukan menghukum berdasarkan sangkaan, kebencian atau persepsi,” katanya.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Dr Asyraf Beri Harapan Baharu Buat Iyad, Bantu Gapai Impian
- Bendera Terbalik: Kerajaan Johor Tegas, Maruah Negara Dan Negeri Bukan Mainan
Majlis Ulama UMNO turut menyeru agar mana-mana pihak tidak menunggang isu RCI Tabung Haji untuk kepentingan politik sempit atau membina persepsi liar yang boleh menggugat keyakinan pendeposit.
Menurut Dusuki, RCI sepatutnya menjadi jalan mencari kebenaran, memperbaiki kelemahan dan memperkukuh institusi, bukan medan dendam politik atau alat untuk menghakimi mana-mana pihak secara terpilih.
Dalam masa sama, beliau menegaskan UMNO tidak akan mempertahankan sebarang salah laku sekiranya terbukti berlaku.
“Jika terdapat unsur rasuah, penyelewengan, salah guna kuasa atau pengkhianatan amanah, maka perkara tersebut hendaklah diserahkan sepenuhnya kepada pihak berwajib untuk disiasat dan diambil tindakan mengikut lunas undang-undang, tanpa mengira kedudukan mana-mana individu.”
Majlis Ulama UMNO juga berpandangan kerajaan perlu memberikan penjelasan menyeluruh mengenai status terkini penstrukturan aset Tabung Haji kepada Urusharta Jamaah Sdn Bhd (UJSB), termasuk kedudukan sukuk, prestasi aset yang dipindahkan, bayaran kepada Tabung Haji dan kesannya kepada pendeposit.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- UMNO Sabah Perkukuh Kerjasama Demi Kepentingan Bumiputera
- Pendidikan Tahfiz, Pemasaran Pertanian Terus Diperkukuh Di Pasir Salak – Khairul Azwan
- BN Tenggara Terus Perkukuh Kerjasama

Penjelasan itu penting supaya rakyat tidak hanya menerima gambaran separuh jalan, sebaliknya memahami kedudukan sebenar institusi Tabung Haji selepas proses penstrukturan tersebut.
“Keutamaan terbesar ialah memastikan Tabung Haji terus kukuh, diyakini dan mampu melaksanakan peranannya membantu umat Islam menunaikan ibadah haji.
“Hibah pendeposit, bantuan kewangan haji, kos menunaikan haji dan kestabilan simpanan umat mesti terus dilindungi,” katanya.
Atas dasar itu, Majlis Ulama UMNO menyeru semua pihak menjaga adab dalam membicarakan isu Tabung Haji.
“Tegakkan kebenaran, ambil tindakan jika terbukti salah, perbaiki kelemahan jika ada, tetapi hentikan fitnah dan politik persepsi yang akhirnya boleh menggugat keyakinan umat Islam terhadap institusi mereka sendiri,” katanya. – UMNO Online
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Poster Tawaran Bantuan Kewangan RM20 Ribu, Motosikal Adalah Palsu – Dr Asyraf
- PAU 2026 Medan UMNO Muhasabah, Dengar Suara Akar Umbi
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Sollehin Hulur Bantuan, Ringankan Beban Keluarga Mangsa Kebakaran
You must be logged in to post a comment.